Thursday, 27 December 2012

Single Lady ;)

Hai assalammualaikum, cikecikeboom :'D Hahaha, sajaa ja nak comel-comel petang-petang ni ^_^ Tak bestlah update blog tade lagu, hee I can't get a feeling. Phewww, semenjak dua menjak dan tiga menjak ni odenn jiwangkan? Hee, k I'm back to single. Hmm oleh kerana dah nak masuk tahun 2013 ni aku mesti kena ada azam baru. Tapi belum pikir lagi apa azam aku. Fourtunately aku nak belajar betul-betul tahun depan sebab aku nak SPM, hihi. Tu yang the first and the last. Azam yang lain masih dibelengu kepala otak yang baru ja lepas putus cinta :( Aku rasa dalam hidup ni tiada orang yang nakkan perpisahan. Tapi walau macam manapun kita kena redha dan pasrah dengan setiap yang berlaku. Mungkin ada hikmah yang kita tak nampak. Okay chill Farah. Usia kau masih panjang and tak perlu nak menangis/bersedih akan seseorang yang tak hargai titik peluh kau menyayangi seseorang tu. Be patient :') Percaya pada jodoh. Allah dah tetapkan jodoh kita cuma kita yang perlu berusaha mencari siapa jodoh kita. K dah stop jiwang. K guaaa takut ni -,- Err, next year SPM woii. Hmm SPM tu penting untuk masa depan. Ya Allah seramnya sebab form4 nipun aku belajar macam naik perahu lagi sikit nak jatuh ke laut, k faham tak maksud tersirat apa? Weee, nervous tapi excited nak masuk form5. Barulah nampak besar sikit even aku ni comel ja ketinggiannya, puihhh perasan much~ Lalalala :D Please doakan yang terbaik untuk masa depan aku. Yaa, siapa yang nak masa depan dia teruk kan? I think kalau tanya orang gila betul-betulpun dia nak ada masa depan sebelum dia gila. Haha, main hembus ja ;) Ehh-ehh holiday korang macam mana? Weee, tahun ni holiday aku seronok. Ngehngeh, moga-moga tahun depan pun seronok. Nak tengok gambar tak? Nah, show off :

Sorry line ciput lah, so 2 gambar ja yang aku larat menunggu untuk di upload.
Haha, mestilah den sayang family den+kakak ipar den.
Ngehngeh, kalau boleh aku nak nanti jodoh akupun bahagia macam giney.
Hee, okay semoga hari-harimu ceria selalu. Kalau sedih cepat-cepat ingat Tuhan kerana hanya Dialah yang memahami hati hambanya dan dari dialah ujian itu datang :')

Tuesday, 6 November 2012

I Miss My BabyBoii

Hai, bermulalah ayat dengan assalammualaikum :) Sekarang musim cuti sekolah. Sesiapa yang tade plan yang duduk melanguk dekat rumah ja mesti bosan kan? Hah, biasalah tu. So kena pandai-pandai lah cari plan yang berfaedah.
Okay perkara first yang aku terasa macam menyampah and sakit hati, asal aku open lappy ja kan, mama mesti bising.
Kalau boleh mama ni macam tak senang ja aku berkepit dengan lappy -,-
Dulu masa sekolah, nak main lappy pun kena bebel, sekarang dah holiday pun kena juga berleter.
Hmm, ada ja nanti mama nak minta tolong tulah, nilah, apalah. Bukan tanak tolong, boleh tu boleh tapi setiap orang mana suka cara marah-marah, bentak-bentak kan? Semua orang suka berlembut, hmm tapelah sabar :')
Kita sebagai anak hanya mampu mendengar, menebalkan telinga ni. Tak baik melawan kan? Dia orang tua kita, dia jugalah yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan. So Farah sayang mama :')
Ahhh, aku benci perasaan ni. Hahaha, perasaan yang teramat merindui kawan-kawan aku.
Err, rindu sangat dekat dorang tapi susahlah kalau nak hang, masing-masing nak save duit.
Ish, rindu gilerr taw dekat dorang. Tapee, ada masa aku jumpa dorang. Mesti punyaaa.

Hai Muhammad Syafiee bin Kamaruzaman. Saya amat merindui awak Piee :( Hmm, selalu setiap malam sebelum tidur mesti text dengan babyboii kita ni. Ahhh, tapi sekarang hp dah sunyi sebabnya kena faham yang dia tengah SPM.
Nak tahu tak, sekarang ni sejak tak text dengan awak kan, saya langsung tak pegang hp.
Kadang-kadang ja pegang. Hari Ahad hari tu dapat call daripada awak, sumpah gembira sangat. 
Yelaa, kita kan dah lama tak text, tak on call, tiba-tiba awak call Ya Allah terharu sangat sampai mulut saya tak berhenti bercerita kan? Hmm, rindu sangat dengan awak :(
Setiap hari saya akan berdoa supaya awak dapat jawab paper SPM awak.
Saya tak penat dan saya takan lupa untuk mendoakan awak. Saya harap apa yang awak belajar, awak curahkan segala ilmu tu kat atas paper awak. Insyaallah saya yakin awak boleh buat sayang.
Ingat, susah senang kita bersama. Saya akan sentiasa berada di sisi awak. Awak janji buat yang terbaik kan?
So make sure nanti awak boleh dapat keputusan yang cemerlang.
Ingat, paper yang dah lepas biarkan ia lepas dan jangan diselak-selak buku nak tengok jawapan yang awak buat tu betul ke salah kee. Jangan k jangan? Yang dah lepas biarkan ia lepas.
Wuuuu, kadang-kadang saya terfikir ni baru sebulan menyepi sekejap dengan awak, belum awak masuk PLKN lagi.
Ohh God >< Tulah kata orang, semakin jauh kita, semakin dekat rasa sayang kita pada seseorang, rasa rindu kita pada seseorang dan baru dikatakan cinta. Puihh, jiwangnyaa. Tralalalalala~
Yang pasti setiap malam saya akan wish GOODLUCK AND ALL THE BEST dekat awak sepertimana awak lakukan dekat saya time saya final exam hari tu.
Awaklah sumber inspirasi saya dikala saya betul-betul jatuh, awak bangkitkan saya dan awak bagi saya semangat.
Saya nak jadi macam lilin yang sentiasa menerangi kehidupan awak dan sentiasa menemani awak dikala awak berada dalam kegelapan. Hmm, saya rindukan awak wahai candidates ;)
Sekarang saya hanya mampu mendoakan kejayaan awak dalam SPM ni k?
Imissyou and iloveyouu sweetheart <3


Thursday, 1 November 2012

Examination ^^

Hai, huluuuu assalammualikum :) Sihat tak korang? Ahhh, lega+lapang kepala otak den ni sebab exam dah habis.
Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga habiskan kesemua 9 paper.
Esok last day sekolah, nanti jumpa kawan-kawan nak pelok dorang lah. Pheww, beriaa!
Hee, tapi betullah. Nanti Farah mesti rindu korang. Hari ni ketawa puas gilerr dengan Tqah, Caca and Meera sampai terbawa-bawa ke exam. Ngee, aku taku kita orang comel~ Lalalala.
Cuti sekolah nak buat apa ekk? Yang penting nak holiday tapi aku takan lupa untuk buka buku :)
Sebenarnya nak wish GOODLUCK untuk budak-budak batch 95 ni. Aiyokk, nak berperang :D
Sebenarnya aku nervous taw tengok batch 95 nak SPM. Yelaa, next year aku pula yang duduk kat meja dewan periksa tu. Ahhh, takut sangat. Nak kata dah pandai masa form4 ni memang nyawa-nyawa ikan. Banyak benda lagi yang aku kena catch up. Tapee, lagi setahun ja nak sekolah, setahun tulah aku kena struggle betul-betul.
Setahun tu nampak ja macam lama tapi pejam celik pejam celik tupp dah akhir tahun.
Macam sekarang ni. Cepat sangat masa berlalu dan cepat sangat dah akhir tahun. Well, sekarang dah bulan November guys. Haihh ><
Korang-korang yang batch 95, Farah ucapkan semoga maju jaya yaa kat korang. Goodluck and all the best taw.
Perahlah tenaga+usaha+otak korang untuk yang terakhir. Semoga urusan korang berjalan dengan lancar dan ilmu yang korang ada selama ni digunapakai. Amin amin ya robbalalamin :)
Nak mention nama sorang-sorang memang ramai tapi especially dekat Piee. Hihi ^^
Okay nak sambung cite time exam ni. Ish kita tak puas hati betul lah. Sebabkan hmm buatt apa kalau lulus tapi meniru? Kesiann taw cikgu kena tipu dengan cara awak yang meniru macam orang tak bersalah.
Kita ni taklah pandai mana tapi kita bangga kalau kita gagal/lulus sekalipun, tu semua dari daya usaha kita.
Tak macam awak, letak kertas bawah meja then alas dengan kain lepas tu sedapnya meniru.
Aku rasakan aku ada failed kot exam kali ni. Hah mana taknya physic 3 aku buat macam tak buat sebab tatahu.
Cikgu pun tanak bagitahu apa keluar. Aku baca buku tapi yang seronoknya, apa aku baca tak keluar. 
Hee, seronok kan dengar? Hahaha :D Penat ja bersengkang mata hafal tapi langsung tak keluar.
K dah-dah. Lepas ni kena redha dengan keputusan, pheww seram lerr -,-
Esok last dapat jumpa budak-budak 4 Saintis. Lepas ni tadelah nak memekak lagi, tadelah nak dengar korang menyanyi sebab cuti sekolah dah bermula. Yeeeeeyyyyyyy :D
Okay byeeee :)

Wednesday, 24 October 2012

I'm Really Sorry

Gambar sebenarnya tak ada kena mengena. Saja plessing buat nyemak, hmm :'/
Nampak tak yang aku memang tade mood sekarang? Ya Allah, aku betul-betul nak minta maaf dekat Piee :'(
Aku tahu semalam memang aku salah, aku tak patut cakap perkataan P**** :'/
Semalam aku memang tade mood sangat. Bila dia tanya aku dah ada mood belum, aku cakap dah sebab aku nak text dengan dia. Aku tahu, kalau aku cakap aku tade mood, mesti dia tanak spoil kan lagi mood aku :'/
Then, semalam aku tension sangat baca buku Biology :'/ Mungkin sebab Bio kena banyak baca, tu yang aku lemah sikit. Tadelah, aku tak berapa minat membaca. Hmm, mungkin juga semalam aku paksa-paksa tu yang boleh stress sampai terbawa-bawa :'( Masa tengah baca buku tu, aku memang sengaja call Piee cuma nak lepas tension ja.
Aku ngadu yang aku dah tabolee nak baca, dia bagi nasihat then letak, masing-masing sambung study.
Malamnya sebelum tidur, Piee call. Piee sanggup habiskan kredit dia dan explainkan bab berapa yang aku tak faham.
Nampak tak pengorbanan dia? Dia tanak aku failed, dia nak aku cemerlang.
That's why dia explain semampu dia sampai aku faham :'( Aku memang terharu sangat.
Tiba-tiba dalam hati aku ni terdetik rasa MALU :'(
Aku malu dia lebih pandai daripada aku :'( Aku rasa rendah diri sangat semalam. Aku betul-betul terfikir, buang duit mak bapak aku ja hantar pergi tusyen tapi otak ni still tabolee guna :'(
Ya Allah, apa yang aku melalut ni :'( Hmm, lepas tu malam semalam aku tak sengaja minta dia pergi dari hidup aku.
Aku cakap macam tu mungkin sebab aku rasa macam diri aku tade pape yang boleh membantu dia :'(
Aku tak nafikan yang dia banyak bantu aku, tak terkira tapi banyak sangat :'(
Entahlah, aku tatahu syaitan mana yang hasut aku sampai fikir macam ni sekali :'(
Lepas cakap macam tu, aku terus off hp dan aku cuma tahu menangis :'(
Aku tak kuatlah, aku jelous dengan budak-budak yang pandai.
Kadang-kadang aku tertanya kenapa aku tabolee nak jadi macam dorang? Aku rasa aku baca buku lebih daripada dorang tapi kenapa aku still macam ni? :'(
Sedih sangat, tadi masa exam pun aku blank sangat :'( Ya Allah, tapi aku paksa otak aku berfikir.
Aku paksa untuk ingat apa yang aku baca, apa yang Piee cakap semalam and setakat memuaskan aku boleh jawab :'/
Cuma aku betul-betul tabolee fokus. Aku rasa bersalah and asyik terfikir ja masa exam tadi pasal hati Piee :'(
Aku dah banyak lukakan perasaan dia, hmm aku tabolee lukakan hati dia lagi :'(
Please Farah :'( Aaaahhhh, tak kuat sangat nak hadap semua ni :'(
Aku dah lakukan macam-macam cara untuk hargai dia, aku tabolee dengar bila dia cakap aku tak hargai dia :'(
Aku memang tabolee, hmm :'(
Aku sayang dia wehh, aku sayang dia sangat-sangat. Aku rasa semua orang tahu yang aku sayangkan dia :'(
Kadang-kadang kita tak perlu nak tunjuk betapa sayangnya kita kat seseorang tu, hanya sekadar keikhlasan dah memadai :'( Saya betul-betul minta maaf :'(
Harap sangat dia maafkan aku :'( Aku tabolee lakukan apa-apa. Cuma hati ja yang dapat bantu.
Please reply my text, i'm really sorry about yesterday. I'm regret and I hope this things will not repeated again :'(
Iloveyou strongly :'|
Hmm, awak nahh dengarlah lagu ni TWO IS BETTER THAN ONE-BOYS LIKE GIRLS FEAT TAYLOR SWIFT :(

Friday, 19 October 2012

Caaaakkkk :D

Hai, hello, salam sejahtera, assalammualaikum :) Hehe, lama tak lama lah kan aku dah tak log in sini. Aku ni suka menaip, tangan laju ja nak taip pape. Bak kata Vivi Vray, best friend lama aku 'kalau baca blog Farah, aku kena skip-skip pergi turun minum air dulu. Terlalu panjang', haha siot tak kawan aku sorang ni? Well, budak banyak benda nak cite. K sape tengah exam sekarang? Ehh, samalah kita? Hihi, aku tengah final year examination sekarang ni. Nak tanak, aku kena study hard sebab aku target paling-paling pun 3A and semuanya lulus. Tapee, lulus ke, cemerlang ke, tak memuaskan ke tu belakang punya citelah kan, yang penting USAHA (Y) Nampak, semangat tak aku? Hee, kita kena ada keazaman barulah kita bersemangat melakukan sesuatu, ahh dah mula bebel dah :p 

Piee, hai :) Hahaha xD Jangan marah taw kita amek gambar awak. Tadelah, gambar ni memang save dalam lappy.
Dari dulu curi sampai sekarang lupa nak delete, opss terkantoi.
Ahh, kira halal lah kan? Jangan risau, tiap-tiap malam I akan bomoh you. Wuuuu~
Ehh you kenapa semalam kita bergaduh? Hmm, mungkin sebab masa saya IM awak yang saya luahkan membuak-buak tukan? Saya minta maaf :( Saya ni jujur orangnya, saya nak terus terang kat awak ja.
Saya sayang awak. Tahu tak, awak lah boyprengg pertama saya yang paling rajin.
Betul, kan dah cakap yang saya ni jujur. Hehe, sebelum ni kalau saya suruh boyprengg lama saya study, mesti banyak alasan tapi awak tapayaa suruh, awak dah boleh pikir :') 
Hmm, dulu saya tanya kat kawan saya 'korang malu tak kalau pakwe korang lebih pandai dari korang'.
And jawapan dorang semua cakap tak sebab biarlah lelaki tu pandai, nanti dia boleh ajar kita, boleh bimbing kita.
Hahaha xD Macam-macam lah saya ni. Well~
Ehh awak, nak tahu tak, sebenarnya saya sedih kita gaduh semalam :'( 
Lepas ja baca IM awak, saya terus offline and terus naik bilik dan menangis :'(
Sedih bhaii, yee saya sentap dengan ayat-ayat yang awak bagi :'( Tapi tapelah, biar saya sejukkan hati sendiri walaupun saya sakit hati baca IM awak. Tapee, saya dah biasa lalui semua ni.
Mungkin kita sama-sama salah tapi masing-masing nak cakap pasal kesalahan pasangan kita, biasalah tu.
Saya cuma harap awak dapat jaga hati saya macam mana saya seboleh-bolehnya jaga hati awak :')
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.
Awak, esok anniversary kitaa. Pejam celik pejam celik, kita dah 9 bulan bersama.
Hmm, macam-macam kita lalui sama-sama. Sedih, duka, marah, sakit hati, geram, ketawa, bermanja selama ni, indah sangat. Bila saya rindu awak, perkara first mesti saya akan ingat bila kita gaduh.
Dulu kita selalu gaduh macam anjing dengan kucing, macam tabolee berjumpa.
Nanti ada ja hal yang menganggu tapi sekarang alhamdulillah dah tak, sekarang masing-masing dah semakin okay.
Terima kasih sebab ada dengan saya, terima kasih sebab selalu bagi saya semangat. Awaklah sumber inspirasi saya walaupun kadang-kadang saya terasa nak merajuk dengan awak sebulan, dua bulan :')
Mungkin lepas ni dugaan kita lebih besar berbanding sekarang.
Saya tahu pikiran saya belum matang sepenuhnya, saya terlalu manja, sebab tu saya perlu ada pasangan yang matang macam awak. Ahhh, tayaa nak bangaa sangatlah saya cakap awak matang. Haha :D
Awak pakwee kedua yang betul-betul bermakna bagi saya.
Kalau dulu A tapi sekarang awak :') Hmm, saya sayang sangat dekat awak.
Saya cuma mengharap yang awak takan tinggalkan saya.
Tapi kalau suatu hari nanti awak tinggalkan saya, tapee saya faham.
Mungkin dalam hati cuma boleh berkata 'kami tade jodoh'.
Awak, jaga diri baik-baik. Jangan pernah lupakan saya. Dan yang paling penting jangan berani nak curang.
Awak curang, saya bagi awak makan tapak kaki saiz 6. Hahaha xD
I sincerely with you and iloveyou guy.
Happy anniversary for tomorrow.I only hope that you will love me that the way I love you strongly <3
I hope our relationship will be everlasting for ever. Remember my words, i do love you Piee <3


Tuesday, 25 September 2012

^^

Hai, assalammualaikum. Lamanyaa tak log in sini, lamanya dah tak berceloteh dekat sini. Sebenarnya banyak benda kalau boleh nak diluahkan tapi kadang-kadang tu terpikir, kadang-kadang bila kita dah luahkan takutlah ada orang tak suka kee, menghina kee, apa kee. Biasalah, dunia tak lari dari semua benda macam tu. Manusia mesti rasa pahit manisnya. Kan? Macam aku sekarang. Aku memang bahagia sekarang, memang terasa disayangi tapi dalam kebahagiaan tu, aku dapat rasa kesedihannyaa. Hmm, tapee mungkin Tuhan tahu apa aku rasa. Sekarangkan aku terasa bahagia sangat sebab si dia baik gilerr dengan aku even aku tahu hati dia sakit sebenarnya tapi pandailah dia tutup semua tu. Kalau boleh aku dah tanak buat dia marah, sedih, sakit hati bagai tuuuu. Bila cerita kat budak lelaki sekelas aku, dia cakap 'Farah makin matanglah'. Gaaaa, dia dah nak SPM kan. Chill lah, kena faham dia jugaaa. Harituuuu bagi dia bear. Hmm, aummmm :D Hahaha xD Mati-mati dalam otak ni ingat takut dia tak suka. Before nak beli tu, dekat sekolah lagi aku dah cakap dengan kengkawan nak bagi dia bear lah. Seumur hidup aku belum pernah lagi bagi lelaki bear k. Ni first timeee. Bila time nak beli tuu, mulut aku terkumat-kamit cakap sorang-sorang 'ni keee? Ish, comel ke? Dia suka ke? Blablablaaaa.....(bebel sesorang)'. Ada sorang abang yang jaga kat tempat tu tengok ja aku, hmm malunyaaa >< Banyak sebab kenapa dalam banyak-banyak barang, aku bagi dia bear, aku tak bagi benda lain. Sebabnya bear tu boleh buat peneman dia time dia tidur, so dia tak terasa keseorangan. Second, kalau dia terasa rindu akuu, dia boleh peluk bear tu. Third, kalau dia tengah study, dia boleh letak bear tu sebelah dia sebagai tanda aku ada sebelah dia tengah teman dia. Hmm, kuat gilerr imagination aku, puihhh :p Forth, hmm aku tabolee nak teman dia 27 hours tapi aku harap dengan bear tu, dia boleh tahu yang aku sentiasa teman dia. Wuuu, bila citer dekat kawan kan, semua cakap aku ni sweet. Puihh, gelilah :p Cuma satu ja yang semua orang and dia perlu tahu. Kalau aku betul-betul sayangkan seseorang, aku ikhlas and aku tak pernah meminta pape pun. Cuma yang aku minta sayangi dan prihatinlah terhadap aku. Tujee :') Cuma dekat sini aku nak cakap yang aku betul-betul sayangkan dia. Hmm, fullstop. Aku harap sangat dia tahu. Aku tanak tinggalkan dia dan aku harap dia tapenaa tinggalkan aku tapi kalau semua benda ni terjadi, hmmmmmmmmmmm :'( Tabolee cakap apa, tapi yang pasti aku sedih kalau kehilangan dia. Aku tanak, ulang suara aku tanak. Mungkin tade sape akan faham perasaan aku tapi aku tahu Tuhan faham apa aku rasa. Thanks God because You give me a strengthness :')
Guys, korang tahu tak wuuuu indah gilerr time ni mesra-mesra dengan korang, berbual sakan.
Hmm, bila nak macam ni lagi ekk? Kita jumpa tak selalu, bila dah jumpaa berceloteh best kan?
Guys, sayangnyaa Farah kat korang :'( 
Sebelah kiri aku Harisah Hamzah, wuuuu dia juniour aku.
Sebelah kanan aku Haziyah Asri, wuuu dia seniour setahun dari aku.
Hmm, rindu sangat kat korang. Seronok gilerr time ni.
Berjemur sama-sama, amek gambar sama-sama.

Fun :D

Assalammualaikum. Whoaa, penat sikit sebenarnya sekarang ni, mata ngantuk giler-giler. Tadi cikgu bawa kelas 4 Saintis pergi The Zone, tengok Robotik. K teruja sebenarnya sebab Robotik yang ni peringkat kebangsaan. Macam-macam negeri aku jumpa. Sarawak, Sabah, Perak, Perlis, Melaka and macam-macam lah. Bila masuk dekat room yang show off punya, dalam banyak-banyak negeri, aku suka negeri Sarawak. K aku ni peramah lah juga. Contoh macam tadi aku terus tanya apa fungsi robot yang dia buat tu, then dia explain. Wuuu, mesti otak geliga gilerr kan? Yelaa nak cipta benda alah tu otak mesti genius, tapi mesti semua yang ada kat situ pandai-pandai belaka. Then, masuk kat tempat dorang bertanding. Phewww, ramai gilerr orang kat situ. Dah tatahu nak tengok robot yang mana satu lawan. FYI, sekolah aku sebenarnya masuk pertandingan Robotik Kebangsaan ni. Tapi aku tatahu keputusannya macam mana sebab kita orang semua ada yang amek gambar, main game, berborak and macam-macam lah. Tapi kan best taw tengok robot tu bergerak susun bongkah-bongkah kat situ. Hmm, jakun gilerr minah ni. Pukul 12 cikgu lepaskan kitaorang pergi shopping complex dia. Seriously best gilerr wehh, jalan berkumpulan. Haha :D Sebaik ja kaki aku masuk complex tu, dalam otak aku just nak beli COKLAT. Tak sampai bape minit mata aku ternampak kedai yang penuh sangat dengan coklat. Gaaaa, aku boleh jadi gilerr. Kalau boleh semua coklat dalam tu aku nak wehh. Then masuk ja kedai tu terus aku tarik Tqah suruh teman aku beli coklat. Then bisik kat Tqah, coklat satu ni nak bagi yayangg kitaa, Piee. Time dah pilih tu, Tqah cakap kat aku 'Farah, serious nak bagi Piee? Macam ni nak jadi bf Farah lah, nanti dapat coklat'. Hahaha xD Apalah kawan baik kita ni. Gambar tak upload lagi, nanti dah save kat lappy aku masukkan. K ada cte lawak kat sini. Sumpah memang muka aku, Meera, Caca and Tqah tatahu malu. Sebabnyaa, aku panggil Meera and Caca pergi kat satu kedai ni, macam menarik ja. Then, ternampak cermin mata yang tade cermin taw. Apalagi kita orang pakai then amek gambar, sumpah tak senonoh gilerr. Aku ketawa lekek-lekek kott. Then, aku terus cakap kat kakak tu, 'kakk, tapekan? Marah tak?'. Serabai tak? Haha xD Then masuk satu kedai ni, dalam ni semuanya barang wanita. Kasut boot, kasut flat, handbag and kat situ ada satu cermin panjang. Dengan muka tatahu malu aku cakap kat dorang amek gambar kat sini, phewww muka tembok gilerr bhagi. Terus aku cakap kat akak tu 'kak, tapee ehh? Jangan marah taw'. Yelaa, kita orang dah lah tak beli pape then main amek gambar. Gaaa, sumpah seronok. Esok nak bagi Piee coklat lah, wuuuuu :D Kbyee :)

Friday, 7 September 2012

Adek S

Hai gang, kita ada adekk :) Haha, adek apa? Adek angkat jaa. Okay nak cerita ni. Dalam banyak-banyak adek angkat yang aku ada dulu, dia lain daripada yang lain. Sumpah dekk kau memang baik. Okay aku sayang kau taw. Hmm, thanks sangat kau baik dengan aku. Dekk, adek tahu tak yang akak terharu sangat Tuhan pertemukan akak dengan adek. Biasanya klw seseorang yang rapat dengan kita then dia bencikan someone, kita mesti terikut-ikut kan? Tapi adek aku ni tak. Dia lain, dia baik :'( Adek banyak sangat tolong akak, banyak sangat bagi nasihat dekat akak. Thanks taw dekk, akak terharu kenal dengan adek, akak terharu ada adek. Between dekk, akak tapenaa malu kalau nak share pape dekat adek sebab akak dah anggap adek macam adek angkat akak sendiri. Biasalah aku ni tade adek, tapi tahun depan kalau tade pape rintangan insyaallah aku akan dapat anak buah :D Sumpah bahagia :) Adek, akak ada satu permintaan. Satu ja dekk. Akak harap adek tapenaa k benci akak. Jujur akak cakap, tade sape dalam dunia ni faham akak melainkan kawan-kawan. Dulu ada bf pun dekk, hmm apa akak buat semua salah. Tak perlu nak ungkit benda dah lepas, nanti orang kata aku ni membuka keaiban orang. Hmm, thanks sangat adek sebab ada dengan akak. Thanks sangat adek sebab adek paham isi hati akak. Mungkin pemikiran akak belum matang macam perempuan lain kat luar sana tapi akak sentiasa berfikiran rasional. Kalau one day akak renggang dengan adek, adek faham k akak maybe busy. Akak takan lupakan adek, takan penaa lupa adek sebab adek sentiasa ada dengan akak time akak sedih. Pengalaman mengajar akak untuk lebih mematangkan diri. Adek jaga diri baik-baik k, yaa maybe akak tabolee nak tengok adek 27 hours tapi akak akan selalu ada untuk adek kalau adek perlukan akak, k? Akak cuma harap adek takan penaa bencikan akak. K dekk, akak sayang adekk. Byeee :)

Tuesday, 4 September 2012

Goodbye

Hai semua, sekarang musim budak-budak form 5 trial kan? Amacam? Setakat ni boleh buat tak? Gang, kepada yang aku tak kenal and aku kenal aku wish goodluck :) Hee, jawab betul-betul taw. Wuu, next year giliran batch 96 pula. Tahun ni boleh lepak-lepak lagi tapi tahun depan mesti dah tabolee, alahaii kena enjoy puas-puas tahun ni. Hihi ^^ Semalam aku dah dilepaskan oleh someone. K aku kuat, aku tak sedih, aku tak nangis gedik-gedik lagi. Bagi aku buang air mata ja menangis akan orang yang tak pernah nak tahu aku ikhlas and aku tulus terhadap dia selama ni. K tapee, aku faham. Mungkin hati dia memang dah tanak kat aku daripada awal. Dulu memang aku tabolee nak terima semua ni. Tapi bila benda ni dah jadi berulang-ulang kali k aku faham, Tuhan nak aku terima hakikat bahawa aku memang bukan untuk dia dan dia bukan untuk aku. Yaa, aku dah dapat terima ni semua. Secara perlahan aku terima dia buat aku macam ni. Aku takesaa orang nak kata apa pasal aku. Dia nak tuduh aku bukan-bukan, nak kutuk aku bukan-bukan sebab tu hak dia. Aku cuma mampu tersenyum tanda aku tabah dalam hati ni even hakikatnya sedih. Sepatutnya dari awal aku kena buka mata yang dia memang tanak dekat aku tapi yaa aku still keras kepala. Terima kasih sebab kau maki aku semalam, tapelah aku faham. Aku dah tabolee paksa kau. Apa yang aku boleh cuma mampu lupakan semua kenangan kita, lupakan kau dari hidup aku, buang kau jauh-jauh. Banyak benda aku kecil hati dekat dia tapi kenapa dia tapenaa sedar yang selama ni aku banyak berdiam? Aku diam sebab aku nak jaga hati dan perasaan dia, aku tanak buat dia pressure sebab aku tahu dia nak trial. Aku tanak dia anggap aku selfish tapi benda ni dia yang cari masalah dulu, huh tapelah. Mungkin dia memang cari macam-macam alasan untuk jauhkan diri dia dari aku. Tapee, aku faham. Sebenarnya aku kecil hati bila dia cakap pemikiran aku ni macam budak-budak, aku tak fikir matang. Aku rasa semua lelaki tahu kot, perempuan memang cepat matang berbanding lelaki tetapi pemikiran perempuan lambat matang berbanding lelaki. Aku ikhlas bila dengan semua orang, tapi tade satu pun yang hargai. Yang hargai aku pada saat ni cuma Azmi Shah. Tapi kenapa bila kita harapkan orang lain untuk hargai kita, ia takan menjadi kenyataan? Dia selalu cakap aku ni tak pandai nak menghargai dia. Dia tahu ke dalam hati aku ni macam mana? Macam mana kita nak hargai seseorang tu kalau dia asyik buat kita sakit hati sampai nak buat kita marah-marah? Aku bukan nak salahkan dia tapi dua-dua ada salah. Kau ada salah kau yang kau tak nampak tapi aku pendam sebab aku tanak kita gaduh, aku nak jaga hati dan perasaan kau. Tapi bila salah aku, kau luahkan mebuak-buak sampai sikitpun perasaan aku kau tak jaga. Tapelah, seperti mana aku katakan semalam aku takesaa di sakiti, tangisi keperitan tapi seboleh-bolehnya aku nak jaga hati dan perasaan orang. Mungkin dia belum betul-betul kenal aku macam mana. Aku memang seorang yang manja. Tapi kalau soal manja pun dia tabolee nak terima sampai nak kata aku bukan-bukan, tapelah aku faham. Ciri-ciri perempuan yang dia nak mungkin bukan ada pada aku. Aku sedar dari mana aku pijak, aku sedar sape aku di bumi ni, aku sedar aku cuma manusia biasa, aku sedar aku ni hanyalah insan yang kerdil. Semua tu aku sedar. Suatu hari dia akan rasa apa aku rasa. Dulu aku dah penat nak melalak, menangis pasal dia tapi mungkin lepas ni tak. Aku dah tawar hati dengan semua ni. Mungkin orang yang hargai titik peluh aku bila aku menyayangi dia, aku akan jaga dia untuk selamanya. Aku harap sapepun pilihan kau lepas ni, dia dapat buat kau bahagia, tergelak dalam keadaan bahagia, dapat buat kau menangis untuk lebih menyayangi seorang perempuan tersebut, dapat jaga kau sebaik mungkin, dapat jaga hati dan perasaan kau. Hasrat aku untuk tanak buat kau pressure mungkin dah terlanggar tapi kau yang mulakan permainan ni semua. Tapelah aku takan selfish. Aku pergi jauh dari hidup kau. Aku takan tunjukkan muka aku depan kau. Aku akan hilangkan semua rasa cinta, rindu, sayang aku ni pada kau. Aku harap dengan apa keputusan kau semalam dapat bahagiakan kau. Assalammualaikum :') *Dengar lagu ni Judika-Aku Yang Tersakiti*

Tuesday, 28 August 2012

:'(

Lama dah aku tak update pape. Asal nak update ja ada hal mengganggu. Hal apa tu? Hal jiwa :'( Seriously sebak sangat :'( Memangnya aku ni memang tak layak ke dapat kebahagiaan? Ya Allah, air mata ni dah penat sangat nak mengalir tapi tetap mengalir juga :'( Kenapa dia buat aku macam ni? Semua orang tak perfect dalam dunia ni. Aku ada kelemahan dan diapun ada kelemahan juga :'( Hmm, aku tapenaa niat nak seksa diri aku tapi aku terseksa :'( Aku kena tahan rasa rindu aku kat dia sorang-sorang, aku kena tahan rasa sayang aku sorang-sorang, aku kena tahan kesedihan aku sorang-sorang :'( Bila aku dah betul-betul tekad dia tanak percayakan aku :'( Hmm, kenapa semua ni boleh jadi kat aku? Ya Allah, tolonglah jauhkan benda-benda ni semua :'( Aku dah tak kuat nak hadap sorang-sorang, aku lemah :'( Kenapa wehh kenapa :'( Aku ingat hari ni boleh lah bahagia even sekejap tapi harapan aku hancur :'( aku balik sekolah nak bawa berita gembira untuk dia tapi balik-balik ja capai hp, macam ni dia buat aku :'( Aku tabolee! Kenapa awak, kenapa? Aku dah betul-betul tekad tapi aku tabolee sorang-sorang :'( Sedih sangat guys :'( Kalau benda tu memang bagi dia aku salah, aku betul-betul minta maaf :'( Aku ikhlas nak minta maaf kat dia :'( Aku terseksa sangat :'( Hmm, kenapa benda ni jadi kat aku? Ya Allah :'( Aku tahu dia tengah ada masalah, sebab tu aku nak selalu ada dengan dia sekarang. Aku tanak tinggalkan dia even sesaat pun tapi ni ke yang aku dapat? Aku dah betul-betul tekad tapi kenapa tanak letak kepercayaan tu kat bahu aku? Ya Allah, kenapa Ya Allah :'( Sekali lagi aku kena meratapi pemergian dia? Sekali lagi aku kena hidup sorang-sorang? Sekali lagi ke, Ya Tuhan :'( Kat sekolah kalau aku ketawa, aku gelak ingat aku bahagia? Aku tabolee tpu perasaan aku. Aku sedih sangat, dalam hati ni Ya Allah terasa patah sangat :'( Aku tak minta lebih dari dia. Aku cuma minta dia percayakan aku, aku cuma minta dia bagi aku peluang untuk aku buktikan yang aku betul-betul tekad :'( Kenapa tanak percayakan aku? Hmm, tapelah aku terima even aku terpaksa sangat and aku berat sangat nak terima semua ni :'( Tuhan, tolong bagikan aku kekuatan! Aku dah tak macam dulu :'( Nak bangun pergi sekolah pun malas, kat kelas pun dah tak serajin dulu, buat kerja sambil lewa ja, aku dah tak makan, aku banyak tidur kalau aku tersangatlah tension :'( Tuhan, tolong pulihkan hati aku :'( Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah hambamu ni :'( Aku berserah padamu, Ya Allah :'( Hmm, siapapun dia aku tetap terima dari awal :'( Tak penaa sikitpun aku nak pandang taraf :'( Hmm, mungkin suatu hari nanti aku boleh terima tapi sekarang aku tabolee terima semua ni :'( Sedih sangat, sebak sangat aku rasakan sekarang ni :'( Mungkin aku banyak buat dia sakit hati sampai dia tak tertahan lagi, mungkin memang patut pun aku terima semua ni :'( Hmm, tapi aku tapenaa berhenti sayangkan dia :'( Ya Allah, kenapa semua ni terjadi :'( Tolonglah Ya Allah, kenapa aku tak kuat? Kenapa aku lemah sangat? Kenapa aku cepat keluarkan air mata? Kenapa Ya Allah :'( Hmm, tolonglah faham. Aku tapenaa curang bila dengan dia, aku tapenaa tamak dengan apa yang aku ada sekarang :'( Ni cuma sekadar salah faham :'( Mungkin cara layanan aku buatkan dia berubah, dia sakit hati :'( Aku sanggup buat apa ja asalkan aku dengan dia baik :'( Hmm, tolonglah. Please don't do this to me :'( Please don't! Sampai bila aku perlu bengkak kan mata? Sampai bila? Hmm, Ya Allah terseksanyaaaa :'(

Friday, 10 August 2012

:)

Hai-hai, lama dah aku tak log in sini. Alahai, siann bloggie kita ni dah berhabuk. Tolong tiupkan sikit, hihi. Okay nak bagitahu ni, sila amek perhatian wahai rakyat jelata sekalian. Kahkah xD Minggu depan kan, yeyyyy raya! Korang punya persiapan raya macam mana? Wahh, mesti seronok kan? Mesti semangat nak raya. Well, macam aku :D Nak tahu kenapa tahun ni aku seronok and excited nak raya? Sebab tahun ni tade exam besar, so sedikit sebanyak ia boleh menggoyangkan kaki aku dengan memakan kuih muih, ketupat rendang, sila nikmati kawan, ewahh. Hahaha :D And second, tahun lepas aku raya memang tersangatlah tak seronok dan berada dalam kesedihan. Yelaa, kawan baik aku arwah Muhammad Haziq dah dipanggil ke rahmatullah :( Seriously time tu sedih tak terkata. Raya pertama lagi air mata aku dah jatuh k untuk dia. Hmm, kita kawan dari kecik kan? Tapelah, sekarang aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kau kat sana. And aku happy raya tahun ni sebab mungkin kesedihan tu dah berkurangan. Third, tahun ni dapat raya kat kampung! Ohh indahnyaaa, boleh jumpa semua sedara mara, alaa rindunyaa :) Tahun lepas kena raya kat rumah. Tak best! Tengok t.b ja memanjang, gaaa boring lerr. K lepas ni busy and susah nak update bagai ni. Aku ada exam next week, nanti nak kena kemas rumahlah, buat itu ini so tade masa. K puasa tinggal bape hari ja. Ramai cakap jadikan Ramadhan kali ni sebagai Ramadhan yang terakhir sebab takut kita tak sempat atau hanya setakat ni ja yang kita dapat berpuasa di bulan Ramdhan. Phewww, sedih ayat tu. K dikesempatan ni, nak minta maaf boleh? Haha :D Ehh, ikhlas ni. Lepas ni entah bila aku rajin nak update, lepas ni busy punya. Percayalah. K nak cakap ni, sila ambil perhatian. Ehem-ehem :) Kepada awok-awok yang mengenali diri kita, kita minta maaf taw dari pangkal rambut ke hujung kaki kalau ada salah silap yang kita tapenaa sedari, terkasar bahasa atau menyakitkan hati sesiapa. Biasalah manusia kan tapenaa lari dari melakukan kesalahan. K got it? Halalkan makan minum sesape yang pernah bagi kita makan minum sebelum ni. Okay, 0-0 ea? Sesape yang balik kampung tu hati-hati k. Pesan kat ayah korang jangan bawa kereta laju-laju. Gaaaa, tak sabarnya!
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

Friday, 27 July 2012

Sabar :)

Bahhh, assalammualaikumwarahmatullahiwabarokatuh :) Okay nak tanya sikit ni. Sekarang bulan apa? Bulan Julai kan? Adakah bulan Julai ni bulan perpisahan? Seriously I hate July so much :( Yaa, sebab bulan nilah bulan aku renggang dengan dia. AAA! I'm tired, why you can't understand that I really love you as well. That I really need you for a long time? I think that i'm a stupid girl :( Sekarang, ramai sangat putus cinta pada bulan Julai ni. Err, aku tumpang sedih tapi bila terkenangkan kisah sendiri, k sedih k sedih. Kesiannya kat kawan aku Shazreen Jasmin ni. Hey boy! Kalau awak tanak kat kawan kita, jangan bagi harapan boleh tak? Jangan dekatkan diri awak dengan dia then bermanja boleh tak sedangkan niat kat hati awak tu nak kat orang lain. Awak tahu tak yang awak ni bagi harapan dekat orang tanpa awak sedari? Tolonglah kaum Adam jangan buat kaum Hawa macam ni. Please being a gentleman k guy. Kalau suka cakap suka. Kalau tak suka cakap tak suka. Kalau tanak cakap tanak! Apa ke senget mainkan perasaan orang. Hmm, aku faham apa yang kawan aku rasa sebab aku pun rasa benda yang sama. Dahlah gang, relax k. Kita bukan tabolee dapat laky yang lebih better daripada dia. Boleh sangat cuma kita ja belum nampak lagi. Selagi boleh sabar memang awak kena sabar k best friend. Hmm, kita faham apa yang awak rasa ni perit sangat, tersangatlah pedih. I'm just like you. Bila kita betul-betul serious nak kat orang tu, orang tu pula kan tanak layan kita. Hmm, i think i need to search a guy that can accpect me as well. Aku dah penat taw korang. Hmm, entahlah kalau cakap beribu kali, kalau hati tu macam batu tetap tak guna. Yang penting aku dah PENAT dan GIVE UP! Aku terasa nak angkat bendera putih lah, lalalala~ Korang nampak tak yang aku dah angkat bendera putih ni? Ni tandanya kita surreder :( Mungkin aku kena jadi macam kawan aku Shazreen ni, lepaskan orang yang kita sayang dan cari seseorang yang boleh menerima kita. Hmm, yaa aku berat nak lepaskan dia tapi dalam pada masa yang sama, takan aku nak pendam sorang-sorang rasa hati ni? Aku dah tak kuat. Aku dah penat dengan semua ni. Can you please stop the game? I don't want to play you're game anymore :( You can't understand what i'm feel. Apa yang awak tahu, awak cuma melayankan ego awak! Awak layanlah ego awak sampai titik penyesalan. Hmm, how could you do this to me :( Memang niat saya nak tunggu awak tapi kalau macam ni, awak diam ja tak bagi respond, saya minta maaf, saya rasa saya tabolee nak tunggu awak lagi. Ulang suara, saya dah penat :( Aku dah cuba berubah dengan apa yang dia nak tapi dia still tak nampak. Yaa, ego dia tinggi. Sampai bila aku nak tunggu macam anak patung macam ni. Hmm, tak aku tabolee tunggu lagi. Memang niat nak getback tu ada, niat nak tunggu dia tu ada tapi kalau dia buat dank ja, just aku sorang ja yang usaha semua ni, tersangatlah tak guna. Hmm, dah k dah. Before raya nak pakwee satu boleh? Nanti boleh ium tangan dia kalau ada salah silap, hmm omelnyaa dah macam laky bini. Ohh indahnyaa :'D Bananana, tak sabar nak raya lah giney, dapat boyprengg satuu :) Babe, kalau i jadi milik you, i nak you yang terakhir dalam hidup i. I nak selalu ada kat hati you. I nak selalu ada dengan you. I nak habiskan masa raya pertama i dengan you. I nak you jadi cinta mati i. I nak setia dengan you sampai akhir nafas i. Ya Allah, dapatkanlah aku pengganti Piee secepat mungkin. Takan kita nak tunggu kalau dia tanak kat kita lagi. Yaa, please aminkan doa nii :) Ayat ni nak bagi bakal boyprengg, ohhsemmm tak? Tanak hidup single lagi, tanak-tanak-tanak! Please, anyone being my PRINCE CHARMING :)

Tuesday, 24 July 2012

HACK

Sedih sangat, sedih sebab baru lepas tengok cte HANYA AKU CINTA KAU SEORANG. Yaa, cte tu banyak mengajar aku dan pastinya cte tu banyak mengajar semua orang untuk lebih menghargai setiap detik, masa, waktu bersama pasangannya. Sayang dan cinta adalah dua perkataan dan makna yang berbeza. SAYANG : Bila kita sayangkan seseorang itu, kita akan biarkan dia memilih dan menerima apa jua pilihannya. CINTA : Bila kita cintakan seseorang itu atau sukakan seseorang, kita akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus. Cinta tak perlu di buktikan, tapi dari setiap gerak geri kita, kita dah boleh tahu betapa cintanya seseorang terhadap kita. Hargailah pasangan anda sebelum mereka menemui ajal atau mereka pergi selamanya daripada hidup anda. Tu yang aku pelajari dan aku fahami apa tu erti cinta yang sebenar. 'bila kita rasa berjauh dengan dia, perasaan tu makin dekat dapat kita rasa'. Dalam cinta HACK, ayat yang aku akan ingat 'aku mencintainya dengan sederhana. seperti kata kayu kepada api yang menjadikannya abu, aku ingin mencintainya dengan sederhana'. Janji adalah sebahagian daripada kata-kata yang dapat di ubah. Boleh juga dilupakan. Memberi janji mungkin mudah untuk dilupakan tetapi menerima janji sampai mati di ingati. Ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri, semata-mata untuk orang yang kita cintai. Adakah kamu semua faham? Yaa, sedih sangat :'( Hanya orang yang betul-betul faham istilah cinta, fahami hati seseorang akan faham apa yang dirasai. Bila mula mengenali dia, aku takut untuk jatuh cinta lagi. Sejarah silam mengatakan aku tak pandai menghargainya dan aku nanti akan menyakitinya. Aku tak boleh bohongi hati kecil. Keletahnya benar-benar menjadi rasa yang menyembuhkan, mengambilkan rasa cinta yang aku nafikan. Kalau korang faham, sila jawab. Bagi, aku macam ni. Bila kita sayangkan seseorang tu, yaa kita sanggup buat apa saja untuk dia. Kita takut untuk menyanyanginya sebab kita takut sejarah mungkin berulang. Kita tak boleh bohongi hati kecil ni kalau kita betul-betul cinta atau sayangkan seseorang. Keletahnya akan menjadi penawar dalam diri kita bila kita sakit, akan jadi pengubat bila kita dilanda masalah, akan jadi kenangan yang sangat indah bila kita kehilangannya. Lelaki menggunakan istilah kawan sebagai pembuka bagi sesuatu perhubungan yang lebih serious. Tetapi perempuan menggunakan istilah berkawan untuk memutuskan sesuatu perhubungan. Yaa, sekarang aku baru faham. Kalau aku  dapat genggam kembali peluang yang sedia ada, akan ku jaga elok-elok. Akan aku hargai betul-betul. Jadi, kepada sesiapa yang tengah bercinta, hargailah pasangan anda sebelum terlambat :')

Sunday, 22 July 2012

Byee

Perasan tak yang aku dah banyak delete post aku. Hmm, entry semalam pun aku dah delete. Okay, tayaa bacalah yang entry semalam. Baca yang sekarang ni. Hmm, sebenarnya aku kecewa, aku sedih, aku hampa, aku kecil hati, aku makan hati dengan dia iaitu Piee :'( Semalaman aku tabolee tidur, aku fikirkan dia. Nak tahu apa aku fikir? Sejak aku tahu dia dah ada relay baru ni, hmm entahlah hati aku luntur sangat. Aku tunggu dia macam hapee, tapi ni yang aku dapat. Sumpah tak sangka :( Kalau dulu aku dah penat nak msj dia, sebab dia bukannya reply. Aku diam sebab aku nak dia tahu aku makan hati dengan perangai dia buat aku macam ni. Dulu kalau aku merajuk or gaduh dengan dia kee, aku tade sampai tak reply msj dia. Hmm, sedih :'( Korang takan pernah rasa apa aku rasa, aku sedih sesedihnya :'( Daripada semalam aku fikir, mungkin selama ni dia tak msj aku, mungkin dia dah ada pengganti aku kott. And ternyata betul, hmm dissappointed guys :'/ Kalau korang nak tahu, setiap malam aku berjaga pukul 3 pagi and terus aku check hp ada msj daripada dia ke tak. Bila bangun tidur, aku check lagi sekali hp aku ada msj daripada dia ke tak. Dulu aku yakin sangat dia still sayangkan aku sebab bagi aku mungkin aku kena bagi dia masa. Tapi sekarang bila dah tahu macam ni, yaa aku dah hilang harapan dah. Tapelah, aku cuma harap dia bahagia ja. Aku tak minta lebih. Cuma aku harap dia dapat maafkan semua kesalahan aku kat dia. Kalau diberi peluang, hmm aku nak sangat jaga peluang tu baik-baik tapi sekarang aku nak letak harapan tinggi-tinggi pun tak guna. Aku dah penat nak menitiskan air mata setiap hari bila mengenangkan dia. Dan aku harap semalam adalah malam yang terakhir aku menitiskan air mata. Kawan-kawan, terima kasih dengar luahan hati aku semalam. Hmm, aku tatahu nak buat apa selain mengadu dekat korang, selain meratapi kesedihan ni sorang-sorang. Thanks dengar cerita aku semalam, yaa sedih sangat bak kata Tqah. Mungkin betul cakap korang, aku kena terima dan belajar menerima orang baru dalam hidup aku. Mungkin betul kata Yun, dia bukan lelaki yang terbaik untuk kita. Mungkin kita akan dapat lelaki yang lebih baik daripada dia. Kesiaann Yun kena dengar luahan isi hati aku pukul 2 pagi semalam. Hmm, aku tabolee tidur guys :/ Aku terus onl and hadap bloggiee ni jelaa. Starting daripada sekarang aku akan lupakan dia, aku akan lupa semua pasal aku dengan dia. Aku harap aku boleh lupakan dia. Kawan-kawan semua suruh cari pengganti. Hmm, tapi aku belum ready. Kalau macam tu, crush jelaa. Haha :D Ni post terakhir pasal Piee yang aku nak cerita. Lepas ni mungkin dah tade, mungkin juga aku akan cerita tiap-tiap hari pasal boyfriend baru kee, manalah tahu kan. Cuma apa aku nak cakap, dia memang rasa tak dihargai dulu tapi dia salah. Kalau aku tak hargai dia, aku takan cari dia, aku takan fikirkan perasaan dia. Hello, sejauh manapun aku pergi, aku tetap nak berbaik dengan dia macam dulu, aku tetap nak minta maaf dan aku tetap nak bermesra dengan dia macam dulu. Mungkin bagi dia aku tak hargai dia, okay tapee aku boleh terima semua tu. Kan best kalau perasaan sayang ni kita boleh tunjuk, tadelah setiap pasangan nak bergaduh kan? Hmm, sebenarnya aku sebak taw tengok dia dah ada relay. Tapelah, aku terima lah. Kata orang, tak baik berdendam kan. Aku akan buang perasaan sayang aku untuk dia dan aku akan cuba menyayangi orang yang sayangkan aku lepas ni. Sedih tak cerita aku? Tapi lagi sedih sape yang alaminyaa. 

Friday, 20 July 2012

Fast+Sad+Happy

Tuk-tuk-tukk, assalammualaikum :) Hee, esok hari apa? Apa? Hari Sabtu? Teeeettt, salah. Esok dah masuk bulan Ramadhan!!! Yeyyyy, Ramadhan datang :) Ouch, hati aku nikan rasa gembira sangat wehh nak sambut ramadhan tapi yang sedihnya hmm esok tak dapat nak merasa beramai-ramai dengan umat Islam sedunia ni untuk merasakan nikmatnya hari pertama berpuasa. Biasalah perempuan ni ada excuse, aku tengah angkat bendera merah sekarang ni. K dah stop. Nak cakap lagi ni, kita sambung, hihi. Firstly sebelum melangkah kaki ja di bulan Ramadhan ni, perkara pertama aku nak cakap, aku nak minta ampun, mohon kepada kalian, awok-awok semua okay. Marilah kita berpuasa dengan hati yang tenang dan lapang :D Second, aku dah pasang niat tanak tinggal sembahyang terawih ni tapi confirme aku akan tinggal. Sebab apa? Sebab masa tahun lepas, bila dah nak raya kan, dah lupa dah semua ni. Sebok duduk dapur, tanya mama, kuih apa, baju apa, hahaha :D Nampak perangai aku di situ? Tapi tapee, kita dah pasang niatkan so tak salah :) Hee, and last but not least, marilah kita beramai-ramai menunaikan ibadah puasa dengan secukupnyaa. Korang jangan ponteng-ponteng taw. Kalau terasa haus dekat sekolah then pegy tandas minum air paip, ingat Tuhan nampak. Aiyookk, tatahu! Kita tatahu taw, Tuhan marah taw. Hihihi, takut tak? Time puasa mesti ramai pergi bazar Ramadhan kan? Bestnyaa, kawan-kawan aku semua kerja time puasa nanti. Dorang boleh dapat duit, hmm jelly. Aku mana boleh kerja, yelaa aku kan ada tusyen. Haihh, kita jelly melly taw. Malam ni mesti hp awak-awak semua bising bunyi msj tanda orang wish kan? Hehe, kita dah tahu dah :) SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK :)


Haiyaa, keciknyaa gambar ni. Hai peps, did you see where am I? Hee, kita yang tak berapa nak cun tuuu, kita tak berapa nak tinggi tuuu, kita tak berapa nak sakai tuuuu xD Pendek cerita kita yang tepi sekali belah kiri :) Hehe, hai (peace) satu (Y) Okay tujuan aku uploadkan gambar ni, saja jaa. Nilah kelas 4 Scientiest. Wuu, ramai kan. Kelas aku ada 40 orang, nipun ada yang tak datang. K, kami sekelas semuanya okay-okay. Sekarang dah jadi macam family pun ada :) Kat kelas tadikan tiba-tiba aku nangis :( Hmm, aku pusing belakang and aku cakap kat Meera 'Meeraa, aku dah penat....(tanpa sambungkan ayat air mata aku jatuh). Entah, tiba-tiba aku nangis, mungkin sebak kott. Then, Caca and Tqah pujuk suruh sabar. Tiba-tiba Ridhuan cakap tak guna menangis pasal lelaki. Bila dah macam tu, Napi pula sambung tak guna k nangis sebab lelaki. Terus aku diam -,- Then, tiba-tiba terlintas kat hati aku nak cerita kat Wan. Cerita-cerita, Wan cakap Farah, sabar ja. Apa-apa pun kena sabar. Okay, thanks sangat kat korang. Actually tadi Wan dengan Napi dah bagi pendapat dah, k aku faham dan aku dengar cakap korang. Thanks korang. Tak lupa juga kat Caca, Tqah, Meera and Shaz. Meeloveyou <3

Wednesday, 18 July 2012

1 2 3 :)

Semalam masa tengah tusyen, hp aku bergegar ja dalam poket. Bila keluar kelas ja tengok hp, wuu 10 missed call and nombor lain-lain. Err, sape ntah yang call aku. Malas aku nak tanya balik tu sape, nak apa, kenapa. Tapi yang penting, panggilan tu mengganggu aku nak belajar. Yelaa, orang tengah fokus kott, tapi tiba-tiba bergetar, pheww macam mana nak fokus. Tapi kalau aku dapat tahu nombor aku kena jual, alahai jangan tak percaya kalau aku tukar nombor. Seriously tak suka. Kalau nak nombor pun, please be a gentleman guy :)


Okay ni baru masuk topik utama. Seriously aku dah give up dengan semua ni. Yaa, aku tahu aku tak layak ada di samping dia. Aku sedar aku banyak lukakan hati dia dan aku banyak buat dia sedih. K, sekarang secara umum aku rela kepergian dia. Semalam aku tak tenang gilerr k. Aku madah nak menangis ja. Last-last masuk toilet, amek pisau bunuh diri. Kahkah xD Ehh, bukanlah. Aku masuk toilet and amek wuduk lerr :') Then, sembahyang. Dalam doa aku, aku mohon kepada Tuhan, kalau dia yang terbaik dalam hidup aku, tunjukkan lah yang dia tu terbaik buat diri aku. Tapi kalau dia bukan milik aku, kau tunjukkan lah yang dia memang bukan hak aku. K tu doa aku untuk kami berdua. Evrything aku dah serahkan pada takdir :') Kalau ni terbaik buat kami berdua, k aku terima dengan seluas-luas pintu hati kecil aku ni untuk biarkan dia pergi, biarkan dia bebas. Aku dah penat nak terhegeh dekat orang lagi dan aku harap kepenatan aku ni berbaloi bila dia dah buat macam ni kat aku. Okay tapee, aku faham kenapa semua orang nak sakitkan hati aku. Aku faham sangat. Aku ja yang perasan nak berbaik dengan orang, sedangkan dia? K tapayaa cakap :) Seriously aku cakap, aku tatahu kenapa hati aku ni terlalu pemurah, kenapa hati aku ni terlalu simpati walaupun dia tak pandang kita lagi. Mungkin ni memang takdir aku. Selama aku bercinta, yaa mungkin aku memang patut pun disakiti. Tapi sesakit hati aku, taklah aku berdendam. Aku terima apa yang ex bf aku pernah buat dekat aku and mungkin bagi dorang aku yang buat dekat dorang. Okay, aku terima. Nak hilangkan rasa sayang tu makan masa. Kawan-kawan pun cakap ianya makan masa tapi nak tanak, aku kena sabar+tunggu sampai rasa sayang aku betul-betul hilang kat S. Sampai kan hati dia buat macam ni kat aku, dengan msj pun tak reply. Hmm, okay tapee. At least aku tadelah sampai tak reply msj dia dulu. Okay, 100% aku tutupkan hati aku untuk dia pada 18 Julai 2012, 05.25 p.m. Aku dah tersangat penat, letih, semua adalah. By gone be by gone (betul ke?). Semalam ada baca status aku? Aku tulis 'Saya dah penat dan saya harap kepenatan saya ni berbaloi. Terima kasih buat air mata saya jatuh <3' Status aku yang ni tersangatlah mendalam. Sebak kat hati, sebak lagi bila jatuhkan air mata. Terima kasih yang tidak terhingga sebab dia jatuhkan air mata aku. Yaa, aku memang cepat menangis. Menangis bukan kerana menunjuk, bukan kerana mengade-ngadee, bukan kerana inginkan simpati tapi menangis sebab aku dah terlalu lama bertahan, dah terlalu lama kuat.  And hari ni status aku 'Sabar separuh daripada iman, tabah bermakna kita kuat :)'. Yaa, aku takan lemah. Starting from anowdays, aku akan prepare ntok diri aku supaya sentiasa menjadi kuat seperti harimau malaya. Aku dah tanak taruk harapan lagi dekat dia. Kalau bagi dia ni jalan yang terbaik untuk kami, k aku terima dengan hati terbuka. Seperti semalam aku katakan, cara untuk aku lupakan dia adalah dengan mencari pengganti. Hmm, i will. Assalammualaikum :)

Tuesday, 17 July 2012

Childish

Hari ni kat sekolah aku nangis :'( Hmm, okay dah aku tanak nangis. Firstly harapan aku putus bila aku cuba nak sembuhkan penyakit aku then tambah lagi satu penyakit datang :/ Aku terasa betul-betul give up. Aku terasa kalau Tuhan nak amek nyawa aku sekarang pun aku berserah. Sampai bila aku kena makan ubat? Sampai bila? Seriously aku terasa macam mayat hidup bila hari-hari kena telan ubat, hmm. And second, cuma ada satu cara ja untuk aku lupakan dia. Caranya aku kena cari pengganti lain. Yes, tu cara paling tepat. Tapi sape? Hmm, aku dah penat nak menangis, dah penat nak melayan perasaan rindu, sayang aku ni sorang-sorang. Yaa, mungkin aku rasa apa dia rasa bila aku tak hargai dia dulu. Tapi tadelah sampai aku tak reply msj dia, tadelah sampai aku tak layan dia langsung. K macam nikan dia buat aku. Sesakit manapun hati aku kat dia, setiap kali msj dia hantar kat aku, aku mesti reply. Tapi ni tak, dah 3, 4, 5 kali aku msj tapi dia buat dank. Aku cuma pkir positif, mungkin dia tanak di ganggu, mungkin dia dah tak sayang aku, mungkin dia dah ada orang lain, mungkin dia sibuk study, mungkin dia tade kredit, mungkin dia tengah cuba nak lupakan aku. Okay aku terima semua tu. Aku sape nak larang dia? Aku cuma penumpang ja dalam hidup dia, aku bukan sape-sape. Yaa, aku tanggung benda ni sorang-sorang. Aku dah penat nak menangis. Seriously aku penat :/ Aku kena wake up tapi aku tade sape-sape :( Tade orang yang nak bagi suppot dekat aku :/ Sekarang aku sorang-sorang, layan perasaan pun sorang-sorang. Bila dekat sekolah ja aku happy, aku bergelak ketawa tapi kadang-kadang aku terasa nak nangis tapi aku tahan setahannya. Aku cuba k kawal perasaan aku bila depan kawan-kawan aku. Aku tanak dorang fikir pasal aku. Sekali aku dah keluarkan air mata, hmm 30 minit belum tentu berhenti gang :'( Kalau dalam Islam di halalkan membunuh diri, aku rasa dah ramai dah yang buat. Astarghfirullahalazim :'( Yaa, aku ja yang baik dengan orang. Aku buat dia sakit hati tapi aku still ingat dia, aku still cari dia, aku ja yang baik dengan orang tapi kenapa orang tapenaa buat baik dengan aku? Kenapa? Kenapa tapenaa pun ada orang nak nampak kebaikan yang aku buat? Dia tak nampak ke aku tengah nak pulihkan keadaan, aku tengah nak berbaik dengan dia, aku tengah mengharap dekat dia? Are you blind? Yaa, kalau rasa sayang dia dah hilang dekat aku, sila bagitahu aku. Taklah aku mengharap lagi dekat dia :( Mungkin memang patutpun aku terima apa dia rasa dulu. I wish it will not be longer :'( Aku terasa nak lari dari dunia khayalan ni k, bila aku nak sedar :'( Sampai suatu hari nanti aku dah give up, semua pasal dia aku lupa! Yaa, tu aku. Tapi sekarang aku betul-betul dah give up. Dia pun bukannya layan aku. Dah penat mulut aku cakap kat kawan-kawan aku, AKU SAYANG DIA! Aku dah penat nak cakap macam tu. Bila aku tanya sorang-sorang apa pendapat dorang tentang semua ni, semua cakap benda yang sama. K aku faham, guys :'( Bila korang cakap macam tu, korang tahu kan mata aku berkaca tapi aku pendam, tak mungkin aku nak nangis depan korang kecuali aku betul-betul dah tak tahan memang aku nangis. Aku tak dapat terima apa yang dorang bagi pandangan dekat aku :'( Seriously aku memang tak dapat terima tapi aku relax, aku cool. Hmm, sadlife :'( Sometimes kita memang perlu jadi ego tapi tak perlulah nak ego selamanya. Aku sayangkan dia tapi kalau dah macam ni k, aku berhenti sayangkan dia, aku berhenti msj dia lagi, aku berhenti mengharap, aku berhenti fikir pasal dia. Commont lah Farah puasa dah nak dekat, takan nak menangis lagi, nanti makruh :'/ Hati perempuan dengan hati lelaki berbeza k. Lelaki kalau putus k sekejap ja semua benda tu hilang tapi perempuan lain :/ Hmm, aku cuma berharap aku boleh berhenti menangis! Please, stop wahai air mata :'/ Sekarang taip nipun aku menangis lagi, hmm aku memang lemah. Aku kena kuat even aku tahu aku tak kuat pun, aku kena juga kuat! I hope that i will smile biggerly as well :'D 

Monday, 16 July 2012

Seribu Satu Rasa

Bulan Ramadhan dah nak dekat. Yeyyy! Seriously tak sabar lah, hihi. Yelaa, siang hari kan puasa, mesti aku kurus. Hihi ^^ Okay, sekarang musim hujan kan? Masa hari Sabtu aku dah main hujan wehh, err sejuk-sejuk >,< Hari ni kena hujan lagi. Alaaa, kalau macam ni, macam mana nak baik demam. Ish, kita taske makan ubat taw. Errr, tak sedap! Cubalah kalau ubat tu macam gula-gula kapas ke, tayaa tunggu 2 kali sehari confirme dalam 5 minit dah habis, hehe :) Actually rindukan papa lah. Hee, papa ohh papa. Imissyouuu, kihkih :3 Kat rumah ni kan, yang pandai buat air, cuma aku sorang ja. Cehh, perasan! Haha :D Selalu papa mesti minta fresh orange, wuuu dengan rajinnya aku pun buat. Hehe, bila papa minta kat mama kan, papa coment, papa cakap Farah punya lagi sedap. Hihihi :) So, mehh datang rumah kita mehh. Kahkah xD Nak tahu takk, tadi kat kelas kena nyakat dengan cikgu Sej and budak-budak laky. Macam ni, cikgu Sej aku tu cikgu baru, dia ajar slow and biasanya suruh sorang-sorang budak bangun and baca. Then, terkeluarlah ayat kat mulut cikgu macam ni 'Okay Hanafi, panggil sorang budak perempuan dalam kelas ni yang awak rasa paling comel'. Yang lain semua dah wuuu, wahhh. Ada yang jerit-jerit panggil nama tulah, nilah. Actually aku tanak nama aku kena panggil sebab aku taske kena explain kan macam mana. Then, Hanafi pun sebut FARAHIN. Mula-mula aku tak dengar taw dia sebut nama sape, aku diam and tengok ja buku sebab dalam otak aku ni tengah pikir, apa yang nak kena explain ekk. Tetiba cikgu tanya 'Mana satu Farahin(sambil tersenyum)'. Akupun angkatlah tangan and cikgu tu cakap Napi pilih aku. Errr, dalam hati ni kan rasa macam haihh tape k Napiee. Budak lelaki huhahuha siap cakap balik update status yee. Haihh, suka kan? Cikgu pula nyakat cakap 'Yang lain jangan kacau Farahin lagi, dia milik Napiee dah'. Hahahaha :D Aku ketawa jelaakan time tu. Ish cikgu ni, jahatlah dengan kita. K tapi tahu cikgu bergurau :)

Sabtu : 14/17.2012
Masa nikan sekolah aku buat karnival kokurikulum :) Best.best dan best. Hee, larian mawar kan, aku dapat nombor 17, amacam terer tak? Terer sikitkan? Hihi, tapi kawan aku Shazrreen and Atiqah tinggalkan aku kan? Hmm, kesian tak aku? Kaki aku melecet wehh, nak balik rumah jalan terhencut-hencut. Azmi Shah nak hantar naik moto tapi tapelah, tanak :p Kita bukan awek awak, lalalala~
Nama dia Amirul Farhan, lebih dikenali sebagai Yun. Kami kawan :)

They are my besties. Iloveyouu <3 Antara kita orang 3 orang nikan, nampak tak aku paling kecil? Hahaha :D

Tuesday, 10 July 2012

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Hai semuaaa :) Mesti pagi tadi awak-awak semua aerobik kan kat sekolah masing-masing. Hihi, kita tahu sebab kita ngintip satu per satu sekolah, cewaaahh xD Best tak best tak? Hee, nak tahu takk, kawan-kawan aku cakap aku semangat gilerr+tak penat pun buat aerobik. Alaa, chill lah. Best apa, hee :) Bukan selalu kan dapat menari dalam dewan reramai, lagipun dalam dewan semuanya perempuan. Taklah malukan? Masa tengah aerobik, kawan-kawan aku semua pelik, kenapa dorang dah penat tapi aku tak penat-penat. Ish, aku penatlah tapi enjoy taw, best kan-kan? Hee, lagi-lagi time menari Waka-Waka and Chicken Dance, fuhh time tu memang sewooonokkk :D Caca cakap aku cepat dapat pick up step dia, hihi ^^ Kalau korang nak tahu, dulu masa tadika aku rajin taw menari-nari ni, hee :) Kesiann, budak lelaki kena aerobik dekat padang, kahkah xD Dorang berpanas, kita berteduh. Wuuu, sejuk ja buat dalam dewan daripada padang. K, before start aerobik kan, mata aku tertoleh kiri wehh. Tenenenene, aku ternampak Azmi Shah tengah buat aerobik, atoto :) K dah pecah rahsia dah Miee, aku dah nampak k (Y)


Saya ni tak kuat cemburu, harap maklum :) Hahahaha xD Yee, kalau jelous pun dalam hati ja then dalam 5 minit confirme lupa. Hari ni mata aku tertumpu ja k dekat kau. Hmm, semakin hari kau rapatkan diri kau, aku terasa disayangi wehh. Seriously kau baik dengan aku, kau tak macam orang lain. Semuanya ada pada kau, kau penyabar, kau baik, kau tapenaa maki hamun aku, kau gentle, kau sanggup buat apa ja demi aku. K aku dah nampak semua tu. Hmm, atoto aku tatahulah aku dapat jumpa laky lain sebaik kau ataupun tak wehh. Aku tatahu aku akan jumpa laky seikhlas kau atau tak wehh. Hoii Azmi Shah, terima kasih untuk segalanya wehh :') Kita orang ni kan kawan taw tapi dah macam couple pun ada, ecehh geli lah aku wehh :p


Kalau ada orang burukkan kita dengan mengata kita bukan-bukan, apa yang anda lakukan adalah memandang ke hadapan dan senyum :) Kalau kita marah, ia tak melambangkan pendirian kita yang sebenarnya. Semakin kuat kita bertahan, itu bermakna kita kuat untuk harungi segala keperitan hidup kat dunia ni. Jadi, Tuhan kurniakan kesabaran dalam diri kita, kita kena gunakan dengan sebaiknyaa :) Saya takesaa pun kalau ada orang yang burukkan saya. Yang penting orang yang saya sayang akan mempercayai saya, kan kawan-kawan kan? Okay, kalau suatu hari nanti saya dah declaire kan, saya akan setiaa dengan awak :') Saya takan curang dengan awak. Kalau boleh saya nak jadikan awak yang terakhir dalam hidup saya, kalau jodoh saya dengan awak. Okay byeee :)


#Hari nikan asyik di bengangkan dengan Ridhuan Syazwan. Jahat gilerr k kau Wan. Alaa, ULBS BI aku nak buat apa ni. Please give me some idea, okay thanks byee.

Thursday, 5 July 2012

Fast Time

Hai semua, selamat pagi :D Harhar, hari ni aku tak sekolah! Yeyyyy! Sorry, bukan ponteng k. Hari ni kat sekolah ada hari terbuka. Aku baru ja balik dalam 20 minit gitu, hihi. Aku orang kedua yang pergi, wuuuu awalkan? Semangat! Biasanya kalau ada hari terbuka memang parents aku tak suka nak datang lambat-lambat sebab nanti nak tunggu payah, leceh sebab dah ramai sangat. K, aku malu ni. Hihi, aku pergi dengan papa kesanyangan akulah. K, sampai ja sekolah, papa aku tegur semua orang k. Sesiapa ja yang dia jumpa, dia akan tegur+salam. Sampai ada satu orang pakcik tu buat muka pelik sebab mestilah dia tak kenal papa aku :D K nampak tak kemaluan aku di situ? Hehe, tapi aku dah biasa. Papa aku memang macam ni, peramah tak bertempat so aku nak tebal muka tadelah sangat. Tapikan, masa nak balikkan, papa aku tegur abang form 6 and kakak form 6 yang jaga kedatangan pelajar time tu sambil cakap terima kasih, fuhhh aku ketawa besar gilerr time ni sebab abang and kakak tu tengok aku, haha :D Amacam? Ada berani nak ada bapa mertua macam papa aku? Hihi ^^ Papa aku cakap, dia puas hati dengan result aku, alhamdulillah :)
Tenenenene, nilah papa kita ^^ Aku manja dengan papa aku k :)
Iloveyouuuuu papa <3

Banananana, semalam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam nifsu sya'ban :) Tenang sikit hati aku bila buat solat nifsu sya'ban semalam. Dah nak puasa ni, Ya Allah seriously aku tak sabar k. Dalam banyak-banyak bulan, bulan yang paling aku suka adalah bulan Syawal, hehe. Tapi bulan yang paling aku sayang adalah bulan Ramadhan. Dan bulan yang paling aku hormati adalah bulan May iaitu 19 May sebab time tu aku baru ja lahir, cehh tade kena mengenapun. Teruknyaaa aku ni! >,< Aku harap tahun ni aku dapat puasa penuh tapi biasanya perempuan kan teeeettt! Di kesempatan ni, aku nak minta maaf kepada semua kaum umat Islam kat dunia ni kalau aku ada buat salah, pernah sakitkan hati sesape selama mengenali aku. Dah nak masuk bulan mulia ni so marilah kita tambahkan pahala dengan perkara-perkara yang berfaedah :) Aku ada target taw sempena bulan Ramadhan nanti. Target aku, aku nak selalu bangun sahur. Aku tanak tak bangun sebab kutip pahala lah, apa lagi. Hihi ^^ Kepada kawan-kawan yang hantar mesej, mms sempena malam nifsu Sya'ban ni thanks a lot :) Mama, thanks sebab ingatkan Farah semalam. Kepada kawan-kawan yang hulurkan kemaafan tu, dengan hati terbuka Farah maafkan korang walaupun korang tade buat salah pun dengan Farah :) Buang yang keruh, amek yang jernih. Jadikan bulan ni adalah bulan terbaik dalam hidup kita semua. Assalammualaikum :')

Wednesday, 4 July 2012

What I Like And What I Doesn't Like

Ingin saya nyatakan di sini, saya tak niat untuk merendah-rendahkan sesape atau mengecilkan hati sesape. Nahh, baca lah ciri-ciri lelaki yang saya suka dan tak suka. Kalau awak rasa awak suka saya, boleh tak awak ada apa yang saya suka? Dan insyaallah saya akan buat sepertimana yang awak lakukan pada saya. Maaf, ni bukan untuk mencari teman lelaki. Sepertimana yang anda tahu, saya tak bersedia lagi dengan semua ni. Kalau saya ada teman lelaki suatu hari nanti, saya nak jadikan dia yang terakhir dalam hidup saya. Insyaallah, siapakah dia? Suatu hari nanti :)


Hai, saya ingin buat pengakuan di sini. Perasaan sayang sukar untuk bertukar menjadi benci jadi saya harap awak hargai perasaan sayang saya ni selagi masih ada untuk awak sebelum terlambat, ianya terkubur buat selama-lamanya. 


Saya sangat tak suka akan lelaki yang terlalu kuat cemburu. Cemburu tu tak salah tapi bertempat dan tolonglah selidik sesuatu tu dulu sebelum nak cemburu. Saya tak suka akan lelaki yang panas baran sebab kalau kita keluar dengan dia, then dia tengah berang dengan kita, elakkan tangan dia naik kat muka kita jekan? Saya tak suka lelaki yang kedekut sebab cuba kalau saya jadi bini dia nanti, entah-entah nak bagi makan minum pun susah. Saya tak suka akan lelaki yang tak reti nak mengalah, cakap dia ja kita kena dengar. Tapi saya akan cuba untuk menjadi mengalah jika saya sudah menjadi milik seseorang suatu hari nanti. Saya tak suka lelaki yang suka memaksa seorang perempuan itu. Ingat, dengan paksaan takan lahir keihlasan dalam hati kita. Saya tak suka akan lelaki yang tak pandai nak hormat orang tua. Saya nak lelaki yang pandai menghormati saya dan menghormati kedua ibu bapa saya. Saya tak suka lelaki yang merokok sebab saya takut, kalau bercinta dengan perokok nanti hidup dia tak lama. Ish, jahatnyaaa >,< Saya tak suka lelaki yang mementingkan dress up. Bagi saya, kalau kau nak aku, kau kena terima aku seadanya k.


Saya suka lelaki yang baik hati dan ikhlas bila berada di samping saya. Saya suka lelaki yang pandai jaga hati saya sebagaimana saya lakukan untuknya. Saya suka akan lelaki yang caring maring. It is so sweet. I think that i will be a princess that time. Saya suka lelaki yang boleh terima saya dari segi cara saya, dari perangai saya, dari degil saya, dari manja saya dan layanan saya. Saya suka lelaki yang tidak memilih. Saya suka lelaki yang faham hati dan perasaan saya ketika saya sedih, saya duka, saya marah, saya geram, saya gembira, saya suka dan pelbagai lagi. Dalam sesuatu perhubungan, mestilah salah seorang dari pasangan kita akan cuba bahagiakan kita bila kita tengah bersedih bukan cuba untuk buat kita bertambah sedih. Saya suka lelaki yang kelakar tapi dalam pada masa yang sama dia serious. Saya suka lelaki yang sporting. Saya suka akan lelaki yang kuat melayan karenah saya, contohnya macam teman saya pergi shopping. Okay, ada sesape nak merasa keluar dengan saya? Sakit kaki korang taw nanti, saya rambang mata. Harap maklum. Saya suka lelaki yang setia. Saya takesaa kalau dia ada ramai kawan perempuan tapi saya harap yang dia akan ingat yang dia dah ada awek dan setia, itu dah cukup.


Okay, kalau terasa nak usha aku, korang kena baca benda alah ni semua. Tapi buat masa sekarang aku tak bersedia pun nak bercinta, aku nak relationship yang betul-betul serious dan boleh kekal sampai bila-bila. The End, kbyeee :)

Tuesday, 3 July 2012

Best Friend

Assalammualaikum :) Alhamdulillah sekarang semuanya dah okay. Hmm, dah Farah tanak gaduh lagi okay! Actually kita orang tak gaduh pun cuma mungkin salah faham jekan, korang? Harap sangat lepas ni dah tak jadi macam ni lagi k? Peace sikit, hmm ingat Farah suka ke nak gaduh gaduh, tak lah. Between, hai Tqah, hai Caca, hai Shaz, iloveyouuuu :') Korang bermakna k dalam hati den ni, den tanak kehilangan korang. Farah tahu kita ni kawan yang sangat-sangat ramantik. Korang dengar ni korang jelous tak? Masa ada salah faham dengan Tqah kan, dia bagi aku coklat Ferrero Rocher(macam ni kott ejanya) kat aku, fuhh korang dapat rasa tak betapa indahnya ada kawan macam tu? Hmm, actually aku malu sebenarnya. Ish, aku tak marahpun dekat dia. Aku cakap aku akan okay tapi cuba sabar, hehe tengok sekarang kita dah baik kan? Awak, thanks taw. Terima kasih sangat-sangat sebab bagi coklat tanda awak nak pujuk kita :') Kita tak makan lagi, kita sayanglah nak makan, macam kita sayang awaklah. Haha :D Hari ni aku balas balik, aku bagi dia coklat Daim, hehe coklat tu di bawa terbang dari Langkawi k, ewahh :D alaa, curi dalam peti sejuk ja. Esok kita bagi Ferrero Rocher dekat awak k, awak tunggu taw. Iloveyou for a thousand years <3

Sunday, 1 July 2012

Harhar

Hari ni hari apa? Sabtu right? Budak-budak pergi mana? Bandar right? Harhar, actually lamanya aku tak turun bandar. Hmm, sedikit sebanyak hilang sikit lah tension aku daripada aku duduk rumah then bersedih hmm buat buruk mata ja -,- K, aku nak cakap ni, aku tapenaa pun tak anggap korang kawan aku. Aku sentiasa anggap cuma bagi aku tak semestinya kita kawan dengan orang tu, orang tu boleh faham sepenuhnya kita. Tak kan? Aku tade hak nak tentukan mana betul, mana salah dan yang paling penting aku tahu aku cuma menumpang ja dalam persahabatan kita. Aku tak minta lebih pun, aku tak minta untuk di sanjung. Yee, kawan memang ramai and mudah untuk kita cari. Tapi ada ke kita akan jumpa kawan yang sedia ada sekarang? Kawan yang betul-betul memahami kita akan sentiasa ada dengan kita time susah and senang. Bukan kawan yang hanya fikir gelak ketawa dia ja. Kita stop cerita pasal ni sebab benda macam ni hanya boleh buat aku sakit mata ja -,- 

Friday, 29 June 2012

:'(

Nampak tak aku tengah sedih? Hmm, aku sebak, aku sedih semua ada :'( Datang sekolah ja, start baca yassin air mata aku jatuh setitik demi setitik :'( Masuk kelas aku still tak berhenti menangis. Then, naik rehat baru aku dah stop menangis. Hmm, lama tak lama aku nangis :'( Aku memang cepat mengeluarkan air mata, hmm. Hmm, tak perlulah aku cerita kenapa aku sedih sangat. Tapi seriously aku memang sedih. Tapee, aku punya air mata. Mata aku dah bengkak dah ni, hmm sabar jelaa :'( Semua orang tanya kenapa aku nangis, biarlah aku sorang ja yang tahu sebab apa. Memang betul kata orang, perempuan yang paling ceria apabila bergelak ketawa akan menjadi paling pendiam apabila ada masalah. Hmm, kawan bergelak ketawa, bersuka memang ramai, tapi kawan nak sama-sama sedih susah kita nak jumpa. Hmm, sedih sangat k :'( What i have to do is to be strong, thats all :'( Aku ni seorang yang lemah, aku lemah sangat! Naik rehat ja, duduk sebelah budak cina then berborak dengan dia. Nama dia Au Zhi Ang. Dia ni suka tegur aku time aku selalu berangan, aku selalu muram, dan dialah orang yang selalu cakap HI dekat aku. Tengah-tengah buat kerja dia tanya aku, aku ni ada boyfriend tak. Then, dia cakap bagi dia dalam ramai-ramai perempuan dalam kelas tu, dia tengok aku ni speacial. Aku lemah lembut, aku manja, aku cantik, aku sopan. Banyak sangat k dia puji aku. Start aku berbual dengan dia ja aku terus tersenyum dan totally aku lupakan semua masalah aku. Pandainyaa dia buat aku senyum :') Tapenaa dalam seumur hidup aku ada bangsa lain puji aku sampai macam tu. Yang paling aku terkejut, dia cakap, kalau aku nak ada husband nanti, aku nak cari yang seagama ke? Fuhh, terkejut. Cara dia cakap dengan aku serious sangat. Dia cakap dalam kelas kita orang ni, dia suka aku. Hmm, ish pandai dia buat aku tak nangis lagi taw. Macam-macam lah dia tanya pasal aku, pasal boyfriend ada, pasal ciri-ciri lelaki yang aku suka macam mana. Hmm, pandai k dia buat aku berhenti nangis even aku tengah sedih snagat :'( Nak cakap kat Yatiee, thanks sangat care kat Farah tadi :'( Hmm, Yatie ni kakak angkat aku. Aku sayang sangat kat dia. Dia sanggup datang kelas aku tanya kenapa dengan aku. Kawan-kawan aku tanya kenapa dengan aku, tapi aku tak cerita pun. Tapelah, aku tanak nyusahkan orang dengan dengar cerita sedih aku, apa aku rasa. Lagipun kawan-kawan aku semua gembira, ceria, tanpa akupun dorang boleh ceriakan so tapelah tayaa fikirkan apa aku rasa. Buat beban ja. Hmm, apa aku kena buat sekarang aku kena pulihkan mata aku balik :'( Mata aku dah cukup bengkak, dah cukup sembam dah sekarang. Aku kena kuat, aku kena harungi semua dugaan ni dengan kuat. Au pesan dekat aku, dia suruh aku jadi kuat. Hmm, aku akan dengar cakap Au k. Shaz, Caca thanks a lot :'( Iloveyouuuuuu!

Saturday, 23 June 2012

Persada JB

Assalammualaikum, tumpang lalu minah kepoh nak cerita ni. Hihi, okay seronok gilerr k seronok. Macam-macam benda aku and the gang lalui hari ni. K, dah dapat satu experience. Bertolak daripada sekolah ja, dah sampai dekat JB kita orang sesat. Untunglah sesat, hehe. Cikgu aku lupa jalan, dia tanya kita orang, kita orang ternganga ja kan. Last-last jumpa juga k jalan, sebab aku suruh cikgu lalu CS, sebab seingat aku jalannnya macam dekat-dekat gan CS sebab aku pernah nampak Persada JB. K alhamdulillah sampai juga akhirnya, cikgu aku cepat-cepat jalan pergilah pendaftaran untuk explorace Jejak Sains and ICT :) Then, dalam 5 minit kitaorang duduk, aku tengoklah sekeliling aku. Semua sekolah yang hantar bagi aku semua sekolah yang pandai-pandai sebab ada sekolah asrama. Cikgu Intan baik hari ni, dia belanja makan KFC. Hihi, baik kan? Malu gilerr kot kita orang sebab sampai-sampai ja cikgu terus nak belanja. Tapikan dalam malu tu, aku makan laju taw. Haha, burger cheese tu aku makan habis dulu daripada Atiqah, carakan? Hehe, lapar k lapar tapi buat-buat tak lapar :) Nombor group kita orang bernombor 36 :) aku lupalah nama uncle yang baik hati tu, sebab dia yang banyak tolong kita orang bila kita orang dapat klu. First bila start ja game, dia bagi klu gambar. Gambar tu kita orang tatahu nak kata kancil ke, rusa ke sebab dia gambar binatang. Then, bila baca yang kat singboard Persada tu, k barulah tahu sebenarnya kijang. Dia ada satu tempat yang di namakan kijang, puas kita orang berlari sakan nak tahu kat mana dan akhirnya jumpa juga tempat tu, hehe. Firts game kita orang kena buat bola bulat seperti bentuk bowling and nanti kena jatuhkan bola pin. Korang faham tak? aku tak reti nak cakap macam mana. Aku dengan Caa buat 3 bola, bila dah siap kita orang boleh testing lagi. Tapi aku cakap kat Caa aku tak yakin cukup 3 bola sebab sekali kita dah lepaskan bola tersebut, kita tabolee amek bola tu and guna balik, kita kena guna yang lain. Time testing aku dapat jatuh beberapa pin tapi aku tak ingat berapa. Then, time nak buat yang betul punya, dorang semua suruh aku buat sebab dorang kata aku power. Aku dedo gilerr sebab takut tak kena. Then, aku baling bola tersebut pap pin jatuh semuanya. Terloncat-loncat aku, haha xD Bukan senang k nak main bowling ni. Terer tak aku? Hehe, dorang semua nganjing, lepas ni main bowling ajak akulah, kahkah xD Then, stesen seterusnya kita orang berputar-putar kat dalam tu. Dia suka mengelirukan kita orang. Kita orang kena buat jigsaw puzzle gambar belalang and lalat kot, entah aku pun tak berapa pasti binatang apa tu. Then, dah siap pergi stesen seterusnya. Stesen yang seterusnya lah ni yang kita orang tertipu. Dia bagi gambar bedak meakup perempuan then jenama 'ponds'. Kita orang punya penat lelah cari kedai, ingatkan benda tu dalam kedai. Tapi rupanya kena keluar then pergi Hotel Pacific. Bila masuk ja hotel tu, aku ternampak singboard 'pool', aku rasa mungkin kat area kolam. Then jerit kat dorang 'wehh, pegy cari pool, kolam renang. Maybe kat situ'. Sampai ja kat pool yess betul kat situ. K, kat sini yang paling susah kita orang nak kena selesaikan. Aku rasa hanya orang yang pandai ja boleh buat. Dia bagi ayat, then contoh huruf A, dalam sebutan yang betul dia pergi kepada M, hah faham tak? Kita orang penat k fikir and last dapatlah ayat 'PETROLIAM PETRONAS BERHAD'. Then ada satu soalam dia bagi gambar semut, teropong and bendera portugal, America dan banyak lagilah. Dia minta kita orang tolong terangkan semuanya. Dorang ni buat 'Semut teropong piramid nampak mata, tengah pegang bendera', hahaha xD Tapi kita orang tak buat, cuma kita orang fikir macam tu, hahaha xD Lawak gilerr. Then, pergi stesen dalam pameran. Dalam pameran nilah yang best. Wuuu, ramai orang wehh. Stesen ni kitaorang kena bina satu bangunan ynag tinggi melalui bongkah yang dia bagi. Alaa, macam permainan budak-budak gitu tapi kita orang kena buat bangunan yang paling tinngi and kukuh dan menggunakan semua bongkah yang disediakan, kalau tak guna kena tolak markah. Aku dengan Caca jawab soalan, yang bina bangunan Ummi gan Tqah. Seronok jawab soalan dia sebab kacang ja. hehe :) And last sekali stesen dekat luar Persada. Kita orang kena buat macam, dia ada kena mengena gan fizik taw. Kita orang kena buat blowpipe yang sumpit tu. Alaa, korang tahukan kalau orang asli buru binatang dia gunakan blowpipe, hah macam tulah yang kita orang kena buat. Tapi, bahan yang dia bagi cuma manila kad, cotton bad, lidi kecil and kapas. So, kita orang kena buat ikut kreativiti kita orang. Aku gan Caca jawab soalan dia, hehe. Tapi markah kita orang tinngi taw yang jawab soalan tu, abang yang tanda tu sporting gilerr :) Lepas habis semua stesen kita orang masuk dalam pameran, jalan-jalan and dapatkan nombor cabutan bertuah, dapatkan gelang banyak-banyak and main game. Sampailah kat satu tempat ni, Aku gan Tqah lawan macam bingo gitu menggunakan bola dengan abang kat situ. 2 kali lawan, 2 kali k abang tu menang. Abang tu cakap, kalau kita orang menang, dia bagi hadiah tapi aku kalah k, ish! Tapi abang tu tetap baik hati, dia bagi gelang. Yeyy! Hehe, then pergi kat satu tempat ni yang abang dia boleh tahan peramah jugalah. Dia suruh kita orang tengok suatu benda ni bila dia putarkan then bagitahu dia apa yang jadi. Lepas ja habis 20 saat kita orang tengok benda tu, tiba-tiba dia cakap kat kawan-kawan aku suruh tengok aku. Dia kata aku comel, err ngadee betul. Tapi serious abang tu memang baik, dahlah buli aku. Ish! Hahaha xD Tadikan ada cabutan bertuah dapat SAMSUNG GALAXY TAB wehh. Ya Allah aku berharap gilerr aku dapat tapi tettttt mustahil. Haha, tangan aku dah penat. Kbyeeee :)