Friday, 10 August 2012

:)

Hai-hai, lama dah aku tak log in sini. Alahai, siann bloggie kita ni dah berhabuk. Tolong tiupkan sikit, hihi. Okay nak bagitahu ni, sila amek perhatian wahai rakyat jelata sekalian. Kahkah xD Minggu depan kan, yeyyyy raya! Korang punya persiapan raya macam mana? Wahh, mesti seronok kan? Mesti semangat nak raya. Well, macam aku :D Nak tahu kenapa tahun ni aku seronok and excited nak raya? Sebab tahun ni tade exam besar, so sedikit sebanyak ia boleh menggoyangkan kaki aku dengan memakan kuih muih, ketupat rendang, sila nikmati kawan, ewahh. Hahaha :D And second, tahun lepas aku raya memang tersangatlah tak seronok dan berada dalam kesedihan. Yelaa, kawan baik aku arwah Muhammad Haziq dah dipanggil ke rahmatullah :( Seriously time tu sedih tak terkata. Raya pertama lagi air mata aku dah jatuh k untuk dia. Hmm, kita kawan dari kecik kan? Tapelah, sekarang aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kau kat sana. And aku happy raya tahun ni sebab mungkin kesedihan tu dah berkurangan. Third, tahun ni dapat raya kat kampung! Ohh indahnyaaa, boleh jumpa semua sedara mara, alaa rindunyaa :) Tahun lepas kena raya kat rumah. Tak best! Tengok t.b ja memanjang, gaaa boring lerr. K lepas ni busy and susah nak update bagai ni. Aku ada exam next week, nanti nak kena kemas rumahlah, buat itu ini so tade masa. K puasa tinggal bape hari ja. Ramai cakap jadikan Ramadhan kali ni sebagai Ramadhan yang terakhir sebab takut kita tak sempat atau hanya setakat ni ja yang kita dapat berpuasa di bulan Ramdhan. Phewww, sedih ayat tu. K dikesempatan ni, nak minta maaf boleh? Haha :D Ehh, ikhlas ni. Lepas ni entah bila aku rajin nak update, lepas ni busy punya. Percayalah. K nak cakap ni, sila ambil perhatian. Ehem-ehem :) Kepada awok-awok yang mengenali diri kita, kita minta maaf taw dari pangkal rambut ke hujung kaki kalau ada salah silap yang kita tapenaa sedari, terkasar bahasa atau menyakitkan hati sesiapa. Biasalah manusia kan tapenaa lari dari melakukan kesalahan. K got it? Halalkan makan minum sesape yang pernah bagi kita makan minum sebelum ni. Okay, 0-0 ea? Sesape yang balik kampung tu hati-hati k. Pesan kat ayah korang jangan bawa kereta laju-laju. Gaaaa, tak sabarnya!
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

No comments:

Post a Comment