Tuesday, 24 July 2012
HACK
Sedih sangat, sedih sebab baru lepas tengok cte HANYA AKU CINTA KAU SEORANG. Yaa, cte tu banyak mengajar aku dan pastinya cte tu banyak mengajar semua orang untuk lebih menghargai setiap detik, masa, waktu bersama pasangannya. Sayang dan cinta adalah dua perkataan dan makna yang berbeza. SAYANG : Bila kita sayangkan seseorang itu, kita akan biarkan dia memilih dan menerima apa jua pilihannya. CINTA : Bila kita cintakan seseorang itu atau sukakan seseorang, kita akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus. Cinta tak perlu di buktikan, tapi dari setiap gerak geri kita, kita dah boleh tahu betapa cintanya seseorang terhadap kita. Hargailah pasangan anda sebelum mereka menemui ajal atau mereka pergi selamanya daripada hidup anda. Tu yang aku pelajari dan aku fahami apa tu erti cinta yang sebenar. 'bila kita rasa berjauh dengan dia, perasaan tu makin dekat dapat kita rasa'. Dalam cinta HACK, ayat yang aku akan ingat 'aku mencintainya dengan sederhana. seperti kata kayu kepada api yang menjadikannya abu, aku ingin mencintainya dengan sederhana'. Janji adalah sebahagian daripada kata-kata yang dapat di ubah. Boleh juga dilupakan. Memberi janji mungkin mudah untuk dilupakan tetapi menerima janji sampai mati di ingati. Ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri, semata-mata untuk orang yang kita cintai. Adakah kamu semua faham? Yaa, sedih sangat :'( Hanya orang yang betul-betul faham istilah cinta, fahami hati seseorang akan faham apa yang dirasai. Bila mula mengenali dia, aku takut untuk jatuh cinta lagi. Sejarah silam mengatakan aku tak pandai menghargainya dan aku nanti akan menyakitinya. Aku tak boleh bohongi hati kecil. Keletahnya benar-benar menjadi rasa yang menyembuhkan, mengambilkan rasa cinta yang aku nafikan. Kalau korang faham, sila jawab. Bagi, aku macam ni. Bila kita sayangkan seseorang tu, yaa kita sanggup buat apa saja untuk dia. Kita takut untuk menyanyanginya sebab kita takut sejarah mungkin berulang. Kita tak boleh bohongi hati kecil ni kalau kita betul-betul cinta atau sayangkan seseorang. Keletahnya akan menjadi penawar dalam diri kita bila kita sakit, akan jadi pengubat bila kita dilanda masalah, akan jadi kenangan yang sangat indah bila kita kehilangannya. Lelaki menggunakan istilah kawan sebagai pembuka bagi sesuatu perhubungan yang lebih serious. Tetapi perempuan menggunakan istilah berkawan untuk memutuskan sesuatu perhubungan. Yaa, sekarang aku baru faham. Kalau aku dapat genggam kembali peluang yang sedia ada, akan ku jaga elok-elok. Akan aku hargai betul-betul. Jadi, kepada sesiapa yang tengah bercinta, hargailah pasangan anda sebelum terlambat :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment