Sunday, 22 July 2012

Byee

Perasan tak yang aku dah banyak delete post aku. Hmm, entry semalam pun aku dah delete. Okay, tayaa bacalah yang entry semalam. Baca yang sekarang ni. Hmm, sebenarnya aku kecewa, aku sedih, aku hampa, aku kecil hati, aku makan hati dengan dia iaitu Piee :'( Semalaman aku tabolee tidur, aku fikirkan dia. Nak tahu apa aku fikir? Sejak aku tahu dia dah ada relay baru ni, hmm entahlah hati aku luntur sangat. Aku tunggu dia macam hapee, tapi ni yang aku dapat. Sumpah tak sangka :( Kalau dulu aku dah penat nak msj dia, sebab dia bukannya reply. Aku diam sebab aku nak dia tahu aku makan hati dengan perangai dia buat aku macam ni. Dulu kalau aku merajuk or gaduh dengan dia kee, aku tade sampai tak reply msj dia. Hmm, sedih :'( Korang takan pernah rasa apa aku rasa, aku sedih sesedihnya :'( Daripada semalam aku fikir, mungkin selama ni dia tak msj aku, mungkin dia dah ada pengganti aku kott. And ternyata betul, hmm dissappointed guys :'/ Kalau korang nak tahu, setiap malam aku berjaga pukul 3 pagi and terus aku check hp ada msj daripada dia ke tak. Bila bangun tidur, aku check lagi sekali hp aku ada msj daripada dia ke tak. Dulu aku yakin sangat dia still sayangkan aku sebab bagi aku mungkin aku kena bagi dia masa. Tapi sekarang bila dah tahu macam ni, yaa aku dah hilang harapan dah. Tapelah, aku cuma harap dia bahagia ja. Aku tak minta lebih. Cuma aku harap dia dapat maafkan semua kesalahan aku kat dia. Kalau diberi peluang, hmm aku nak sangat jaga peluang tu baik-baik tapi sekarang aku nak letak harapan tinggi-tinggi pun tak guna. Aku dah penat nak menitiskan air mata setiap hari bila mengenangkan dia. Dan aku harap semalam adalah malam yang terakhir aku menitiskan air mata. Kawan-kawan, terima kasih dengar luahan hati aku semalam. Hmm, aku tatahu nak buat apa selain mengadu dekat korang, selain meratapi kesedihan ni sorang-sorang. Thanks dengar cerita aku semalam, yaa sedih sangat bak kata Tqah. Mungkin betul cakap korang, aku kena terima dan belajar menerima orang baru dalam hidup aku. Mungkin betul kata Yun, dia bukan lelaki yang terbaik untuk kita. Mungkin kita akan dapat lelaki yang lebih baik daripada dia. Kesiaann Yun kena dengar luahan isi hati aku pukul 2 pagi semalam. Hmm, aku tabolee tidur guys :/ Aku terus onl and hadap bloggiee ni jelaa. Starting daripada sekarang aku akan lupakan dia, aku akan lupa semua pasal aku dengan dia. Aku harap aku boleh lupakan dia. Kawan-kawan semua suruh cari pengganti. Hmm, tapi aku belum ready. Kalau macam tu, crush jelaa. Haha :D Ni post terakhir pasal Piee yang aku nak cerita. Lepas ni mungkin dah tade, mungkin juga aku akan cerita tiap-tiap hari pasal boyfriend baru kee, manalah tahu kan. Cuma apa aku nak cakap, dia memang rasa tak dihargai dulu tapi dia salah. Kalau aku tak hargai dia, aku takan cari dia, aku takan fikirkan perasaan dia. Hello, sejauh manapun aku pergi, aku tetap nak berbaik dengan dia macam dulu, aku tetap nak minta maaf dan aku tetap nak bermesra dengan dia macam dulu. Mungkin bagi dia aku tak hargai dia, okay tapee aku boleh terima semua tu. Kan best kalau perasaan sayang ni kita boleh tunjuk, tadelah setiap pasangan nak bergaduh kan? Hmm, sebenarnya aku sebak taw tengok dia dah ada relay. Tapelah, aku terima lah. Kata orang, tak baik berdendam kan. Aku akan buang perasaan sayang aku untuk dia dan aku akan cuba menyayangi orang yang sayangkan aku lepas ni. Sedih tak cerita aku? Tapi lagi sedih sape yang alaminyaa. 

No comments:

Post a Comment