Wednesday, 4 July 2012

What I Like And What I Doesn't Like

Ingin saya nyatakan di sini, saya tak niat untuk merendah-rendahkan sesape atau mengecilkan hati sesape. Nahh, baca lah ciri-ciri lelaki yang saya suka dan tak suka. Kalau awak rasa awak suka saya, boleh tak awak ada apa yang saya suka? Dan insyaallah saya akan buat sepertimana yang awak lakukan pada saya. Maaf, ni bukan untuk mencari teman lelaki. Sepertimana yang anda tahu, saya tak bersedia lagi dengan semua ni. Kalau saya ada teman lelaki suatu hari nanti, saya nak jadikan dia yang terakhir dalam hidup saya. Insyaallah, siapakah dia? Suatu hari nanti :)


Hai, saya ingin buat pengakuan di sini. Perasaan sayang sukar untuk bertukar menjadi benci jadi saya harap awak hargai perasaan sayang saya ni selagi masih ada untuk awak sebelum terlambat, ianya terkubur buat selama-lamanya. 


Saya sangat tak suka akan lelaki yang terlalu kuat cemburu. Cemburu tu tak salah tapi bertempat dan tolonglah selidik sesuatu tu dulu sebelum nak cemburu. Saya tak suka akan lelaki yang panas baran sebab kalau kita keluar dengan dia, then dia tengah berang dengan kita, elakkan tangan dia naik kat muka kita jekan? Saya tak suka lelaki yang kedekut sebab cuba kalau saya jadi bini dia nanti, entah-entah nak bagi makan minum pun susah. Saya tak suka akan lelaki yang tak reti nak mengalah, cakap dia ja kita kena dengar. Tapi saya akan cuba untuk menjadi mengalah jika saya sudah menjadi milik seseorang suatu hari nanti. Saya tak suka lelaki yang suka memaksa seorang perempuan itu. Ingat, dengan paksaan takan lahir keihlasan dalam hati kita. Saya tak suka akan lelaki yang tak pandai nak hormat orang tua. Saya nak lelaki yang pandai menghormati saya dan menghormati kedua ibu bapa saya. Saya tak suka lelaki yang merokok sebab saya takut, kalau bercinta dengan perokok nanti hidup dia tak lama. Ish, jahatnyaaa >,< Saya tak suka lelaki yang mementingkan dress up. Bagi saya, kalau kau nak aku, kau kena terima aku seadanya k.


Saya suka lelaki yang baik hati dan ikhlas bila berada di samping saya. Saya suka lelaki yang pandai jaga hati saya sebagaimana saya lakukan untuknya. Saya suka akan lelaki yang caring maring. It is so sweet. I think that i will be a princess that time. Saya suka lelaki yang boleh terima saya dari segi cara saya, dari perangai saya, dari degil saya, dari manja saya dan layanan saya. Saya suka lelaki yang tidak memilih. Saya suka lelaki yang faham hati dan perasaan saya ketika saya sedih, saya duka, saya marah, saya geram, saya gembira, saya suka dan pelbagai lagi. Dalam sesuatu perhubungan, mestilah salah seorang dari pasangan kita akan cuba bahagiakan kita bila kita tengah bersedih bukan cuba untuk buat kita bertambah sedih. Saya suka lelaki yang kelakar tapi dalam pada masa yang sama dia serious. Saya suka lelaki yang sporting. Saya suka akan lelaki yang kuat melayan karenah saya, contohnya macam teman saya pergi shopping. Okay, ada sesape nak merasa keluar dengan saya? Sakit kaki korang taw nanti, saya rambang mata. Harap maklum. Saya suka lelaki yang setia. Saya takesaa kalau dia ada ramai kawan perempuan tapi saya harap yang dia akan ingat yang dia dah ada awek dan setia, itu dah cukup.


Okay, kalau terasa nak usha aku, korang kena baca benda alah ni semua. Tapi buat masa sekarang aku tak bersedia pun nak bercinta, aku nak relationship yang betul-betul serious dan boleh kekal sampai bila-bila. The End, kbyeee :)

No comments:

Post a Comment