Tuesday, 1 January 2013

Happy New Year

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan selamat pagi kawan-kawan :') Hmm secara umum kita dah masuk tahun 2013. Yaa, pejam celik.pejam celik sekajap ja masa berlalu dan tanpa aku sedari yeayyy aku dah 17 tahun. Dah besar sikit lah, hihi ^_^ K aku dah tetapkan azam aku pada tahun ni. Tercapai ke tak tercapai ke tu semua kehendak diri sendiri. K esok dah sekolah. Ouch, sekejapnyaa dah naik form5. Hmm semestinyaa aku tak nak sekolah lagi dengan keadaan macam ni. Kenapa? Kenapa? Aku sakit ke? Tak, aku sihat ja cuma mungkin patah hati :( Sedihnyaa, biasalah perempuan kan? Hmm tapelah aku redha, aku pasrah. Lagipun aku dah penat dalam macam-macam hal :') Aku cuma perlukan someone yang boleh dengar keluh lesu aku tapi mampu ke? Mampu ke seseorang tu nak dengar keluh lesu aku? Mungkin sekarang kawan-kawan ada dengan aku dah cukup. Aku tak perlukan boyfriend baru untuk bangkitkan semangat aku balik sebab semua tu kena dilakukan oleh diri sendiri. Sampai bila aku nak bergantung pada orang right? Aku kena kuat, aku kena tabah dan yang paling penting aku tabolee cengeng. Yaa, aku tahu aku boleh laluinyaa. Insyaallah, cuma doakan yang terbaik buat aku. Kalau kita nak kan seseorang yang baik dan yang tulus, kita kena make sure kan diri kita baik dari segala hal. Apa yang penting aku nak belajar dulu. Habiskan belajar baru fikir semua ni tapi mampu ke aku? Huh, insyaallah :') Firstly sempena tahun baru ni aku nak minta maaf dekat sesiapa yang pernah rapat dengan aku, yang pernah berkawan dengan aku kalau aku ada buat salah silap. Manusia tak lari daripada melakukan kesilapan tapi manusia diberikan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk berfikir dan orang yang melakukan kesilapan berulang kali tu boleh dimaafkan cuma mungkin kita susah untuk lupakan kesilapan yang dilakukan. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih bernafas di bumi yang megah akan kehijauan ni. Setiap yang hidup pasti akan dikembalikan ke tanah semula cuma kita yang tatahu bila masa kita. Sedih sangat bila cakap pasal perpisahan, ketiadaan seseorang tapi tu semua ketentuan Tuhan. Kita tak boleh menidakkan tapi kita kena redha dan pasrah. Okay, aku nak ucapkan selamat kembali ke sekolah kepada yang masih bersekolah. Aku harap esok permulaan hari aku yang baik. Okay sampai di sini dahulu, byee dan assalammualaikum :')

No comments:

Post a Comment